Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

6 Angkat Sumpah Senator...

KUALA LUMPUR - Seramai enam senator baharu mengangkat sumpah di Dewan Negara hari...

‘The Sherry Show’ Impian...

BERMULA dengan lakonan dalam drama Sutun 2, kini nama Sherry Alhadad terkenal dengan...

Ramai Keluar, Beberapa Lokasi...

KUALA LUMPUR - Kesesakan teruk di beberapa lokasi sekitar bandar raya dan Selangor...

Cicit Onn Jaafar Antara...

CICIT kepada Pengasas dan Presiden UMNO, Datuk Onn Jaafar, iaitu Datuk Onn Hafiz...

Sweet..! Hairul Azreen Umum Hanis Zalikha Sudah Berhijab

WANITA hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah. #Alhamdulillah bakal tunang saya sudah berhijab #1March2015 – demikian status diberikan Hairul Azreen pada gambar Hanis Zalikha yang dimuatnaik di Instagram miliknya hari ini.

Boleh dikatakan satu Malaysia dah tahu, pasangan ini mempunyai hubungan istimewa selepas Hairul bertindak melamar Hanis secara terbuka sewaktu pentas akhir program hiburan Gegar Vaganza bersiaran secara langsung di saluran Astro, 4 Januari lalu.

Selepas lamaran diterima, Hairul dan Hanis juga telahpun terbang ke kota Paris untuk merakam gambar pra-perkahwinan sekaligus menjadi petanda hubungan mereka bakal diakhiri di jinjang pelamin tak lama lagi.

BERKAITAN: GAMBAR: Pre-Wedding Hanis Zalikha & Hairul Di Paris

Tup-tup belum pun tarikh nikah diumumkan, Hairul tampil dengan pengumuman berita gembira ini.

Kami pasti, sebaik sahaja hal bertudung ini diketahui daripada Hairul maka peminat tentu menjengah Instagram Hanis untuk melihat gambar terbarunya, namun hampa.

Pos terakhir Hanis bertarikh empat hari lalu, itu pun gambar Hairul dengan kapsyen membayangkan gambar itu diambil selepas dia tertinggal telefon bimbitnya dalam kereta pemenang Fear Factor Selebriti Malaysia itu.


Fullscreen capture 322015 15208 AM

Bagaimanapun peminat nampaknya masih tidak mahu ketinggalan mengucapkan tahniah dan syukur kepada Hanis atas penampilan barunya.

Kami di Mynewshub juga tumpang gembira melihat perubahan positif dan kebahagiaan pasangan sama cantik sama padan ini.

Semoga reda Allah mengiringi perhubungan mereka hingga bergelar suami isteri yang sah.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori