Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Speaker Dewan Rakyat Syor...

BANGI: Negara perlu membuat persediaan awal melahirkan lebih ramai pemimpin pelapis supaya masa...

Jumlah Keahlian Pemuda UMNO...

KUALA LUMPUR - Nampaknya populariti UMNO dalam kalangan anak muda semakin menyerlah apabila...

‘Vacuum Challenge’ Pula Jadi...

KEMUNCULAN pelbagai 'challenge' yang tular di laman sosial menyebabkan ramai yang mahu mencuba...

Mayat Gelandangan Dijumpai Dengan...

IPOH: Mayat lelaki warga emas dipercayai gelandangan ditemukan dengan kesan luka di dagu...

Tadahan Air Empangan Utama Negara Masih Mencukupi

KUALA LUMPUR – Empangan utama seluruh negara dilaporkan masih merekodkan tadahan air mencukupi bagi memenuhi keperluan semasa, meskipun negara kini mengalami cuaca panas dan kering.

Di SELANGOR, lapan empangan di negeri itu dilaporkan berada pada tahap konsisten.

Menurut statistik laman web Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), setakat 8 pagi Rabu, paras air empangan Tasik Subang mencatat jumlah takungan tertinggi iaitu 97.61 peratus diikuti Langat (95.09 peratus).

Enam empangan lain melepasi paras minimum dengan empangan Semenyih jumlah takungan 95 peratus, diikuti Batu (89.07 peratus), Klang Gates (87.24 peratus), Sungai Selangor (75.56 peratus), Kolam Takungan Sungai Labu (74.44 peratus) dan Sungai Tinggi (69.50 peratus).

Di MELAKA, Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata negeri itu pada masa ini mempunyai bekalan air mencukupi untuk rakyat seluruh negeri walaupun terdapat sedikit penurunan paras air empangan negeri.

Beliau berkata semua empangan di Melaka masih berada di tahap selamat iaitu empangan Jus 55 peratus, Durian Tunggal 70 peratus dan Asahan 90 peratus.

Katanya, sekiranya tiada hujan dan musim kering masa ini berterusan, bekalan air mampu bertahan sehingga awal bulan depan.

“Kemungkinan bekalan tidak mencukupi itu ada sekiranya keadaan sekarang (tiada hujan dan musim kering) berterusan hingga awal bulan depan.

“Bagaimanapun kerajaan negeri tidak berdiam diri dan telah merancang pelbagai pelan bagi memastikan rakyat Melaka mempunyai bekalan air yang mencukupi,” katanya kepada BERNAMA, Rabu.

Di KOTA BAHARU, Kelantan, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran negeri, Shahimi Sharif berkata paras air di kawasan tadahan Tasik Bukit Kwong, Rantau Panjang, Pasir Mas, masih berada paras normal iaitu melebihi 15 meter.


“Paras air tasik itu kini berada pada tahap 16.1 meter, iaitu dikategorikan sebagai paras biasa,” katanya kepada BERNAMA ketika dihubungi.

Shahimi berkata Tasik Bukit Kwong adalah satu-satunya tasik di Kelantan yang berfungsi menyalurkan bekalan air bagi penduduk sekitar Rantau Panjang, sementara bekalan di jajahan lain negeri itu diperoleh dari loji air sumber sungai Kelantan.

“Empangan Pergau yang kita ada di Jeli tidak membekalkan air tetapi berfungsi menjana tenaga elektrik sahaja. Jadi ia tidak mempunyai kaitan atau kesan kepada sumber bekalan air negeri ini,” katanya sambil menambah bahawa Kelantan tidak mempunyai empangan khusus bagi tadahan air.

Sementara itu Pengarah Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Hanafi Mahmud berkata pihaknya mula mengambil tindakan menempatkan sebuah pam terus ke sungai bagi menyedut air ke Loji Kelar, Pasir Mas berikutan paras air mulai susut sejak beberapa hari lepas.

Hanafi berkata langkah itu diambil selepas paras kemasukan air pada saluran masuk ke loji susut ke paras 500 milimeter berbanding 1 meter sebelum ini.

“Kita mengambil keputusan menempatkan pam terus di dasar sungai bagi pengambilan air mentah ke loji bagi menjamin bekalan air mencukupi,” katanya.

Katanya, sebuah lagi pam akan ditempatkan di loji sama bagi tujuan berkenaan sekiranya paras air semakin susut.

Loji Air Kelar antara loji rawatan air terbesar di Kelantan yang membekalkan air kepada 125,000 penduduk negeri itu dengan 25,000 akaun. -BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori