Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Adakah Malaysia Menuju Ke...

JAWAPAN persoalan ini tidak sebegitu mudah. Selepas hampir 2 tahun menjalani kehidupan sambil berdepan...

“Penat Kerja 22 Jam...

PELAKON Fendy Bakry kesal apabila telefilem lakonanya berjudul Kahwin-Kahwin telah dicuri dan ditayangkan...

Pertimbang Skim Insurans Untuk...

KUANTAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian perlindungan insurans kepada...

Aksi Lucah Dalam Kereta...

JIJIK... Perlakuan tidak senonoh seorang lelaki yang beronani di dalam kereta berhampiran sebuah...

Tak Halang Kerjaya Puteri Sarah, Tapi Kawal Sebagai Seorang Suami

PENGARAH Syamsul Yusof yang kini kembali dengan filem terbaharu arahannya, Munafik mengakui sebagai seorang suami dia mengawal perjalanan kerjaya seni isterinya, Puteri Sarah Liyana.

Walaupun begitu, menurutnya dia sama sekali tidak menghalang kerjaya isterinya asalkan ianya bersesuaian dengan status isteri dan imej berhijab Puteri Sarah.

SYAMSUL2

“Saya sebagai suami saya kena kawal, apa yang dia buat, semuanya yang tidak menganggu tugasnya sebagai seorang isteri, tak menganggu ibadah dia ke, so saya kena kawal.

“Sampai hari ini pun ada orang offer dia lagi dalam lakonan, dia tanya saya, kalau saya tengok watak tu tak kena, tak ok lah (tak ambil job itu).

“Tapi apa yang boleh saya cakap, mungkin dari segi lakonan, dia mungkin akan berlakon di bawah pengarahan saya. Sebagai suami nak tak nak, saya mesti kena kawal dia,” katanya ketika ditemui Mynewshub semasa majlis pelancaran filem Munafik yang berlangsung di Restoran Haslam, Jalan Pahang, baru-baru ini.

Syamsul, 31, bagaimanapun tidak berapa kisah sekiranya isterinya mahu melibatkan diri dalam bidang pengacaraan yang dilihat lebih sesuai dengan imejnya kini.


Selepas mengurangkan aktiviti seni, Puteri Sarah, 29, kini semakin berjinak-jinak dalam perniagaan butik muslimah di bawah jenama miliknya, Shara.

SARAH

Untuk makluman, pasangan ini berkahwin pada 8 Mac tahun lalu di Masjid Seri Damansara dan majlis resepsi mereka telah diadakan serentak dengan adik Syamsul, Syafiq Yusof di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, April tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

SYAMSUL1

https://www.youtube.com/watch?v=A7vaQTbGu8M

Oleh:  JULIANA JOHAR
Video:  RIZA RAZAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori