Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Azwanddin Dibebaskan, Kertas Siasatan...

SHAH ALAM - Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia Datuk Azwanddin Hamzah yang direman...

Johor Komited Jayakan Pendidikan...

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Negeri Johor bertekad untuk membantu kerajaan pusat dan semua...

Food Bank Malaysia Mampu...

GEORGE TOWN - Kerajaan yakin pelancaran program Food Bank Malaysia yang akan diterajui...

Tak Jaga Adik, Kanak-Kanak...

TINDAKAN seorang wanita China menendang anak perempuan tirinya dengan kejam di sebuah taman...

Tamparan Buat #KitaLawan, ADUN P.Pinang Tak Dibenar Sertai

PERHIMPUNAN #KitaLawan yang dirancang untuk diadakan di hadapan pusat beli belah Sogo esok, mula menunjukkan tanda-tanda tidak mendapat sokongan sepenuhnya dari komponen Pakatan Rakyat (PR).

Mana taknya, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dilaporkan telah mengarahkan kesemua ADUN dari pulau mutiara untuk kekal di kawasan masing-masing dan tidak menyertai perhimpunan tersebut.

TERDAHULU: Betul Ke… Polis Tiada Kuasa Halang #KitaLawan?

Menurut laporan Berita Harian, Setiausaha Agung DAP membuat arahan demikian supaya wakil rakyat dapat menghadirkan diri ke majlis Program Penghargaan Warga Emas.

Guan Eng dilaporkan berkata sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kesemua wakil rakyat haruslah mengutamakan kebajikan rakyatnya berbanding misi lain.

image-12-940x470

“Kami adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan esok adalah pelancaran Program Penghargaan Warga Emas di semua kawasan. Semua wakil rakyat telah diarah supaya berada di kawasan masing-masing,” ujarnya kepada pemberita dalam satu majlis.


Malah kata Lim, dia turut mempunyai agenda pada esok hari di kawasannya, Air Putih. Oleh itu dia juga tidak akan menghadiri perhimpunan tersebut.

#KitaLawan dirangkakan oleh PKR sebagai reaksi kepada keputusan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan liwat.

Berlangsung selama beberapa minggu, perhimpunan esok dijangka menjadi kemuncak sebagai tanda solidariti kepada Anwar.

-MYNEWSHUB.CC

Polis Minta Penganjur #KitaLawan Tak Himpun Di Sogo

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori