Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Mangsa Histeria Dakwa Nampak...

KOTA BHARU - Beberapa orang pelajar sekolah di Kelantan yang diserang histeria baru-baru...

Video Lama Sesak Malaysia-Singapura...

JOHOR BAHRU - Jabatan Imigresen Johor menafikan video sedang tular berkaitan kesesakan akibat...

Lebih 15,000 Kedai Makan,...

SUBANG JAYA ā€“ Lebih 15,000 kedai makan dan restoran di seluruh negara menyertai...

Amaran Ribut Petir Di...

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia pada Ahad mengeluarkan amaran, ribut petir yang...

Tangkapan Polis Marin Meningkat Tahun Ini

JOHOR BAHRU – Jumlah tangkapan yang dilakukan Pasukan Polis Marin Wilayah 2 meningkat secara mendadak dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, hasil kekerapan pasukan itu mengadakan operasi bagi menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

Komandernya Asisten Komisioner, Paul Khiu Khon Chiang berkata, sejak awal tahun hingga hari ini, pihaknya telah melakukan sebanyak 280 tangkapan atas pelbagai kegiatan jenayah.

“Ia meningkat mendadak. Pada sepanjang tahun lepas, kita cuma melakukan sebanyak 316 tangkapan,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Sambutan Hari Polis ke-208, di markas pasukan itu, di sini hari ini.

Khon Chiang berkata, tangkapan itu kebanyakannya, membabitkan nelayan tempatan dan asing yang menjadi penagih dadah.


“Fenomena ini sudah lama berlaku tetapi tidak dapat dikesan sebelum ini kerana mereka (nelayan) tidak mendarat di daratan.

“Selepas itu, kebanyakan mereka juga terpengaruh dengan budaya luar yang mengambil dadah jenis syabu dan ini membimbangkan. Justeru, kita akan mengambil tindakan tegas,” katanya.

Pada majlis itu, tiga anggota polis dinaikkan pangkat ke jawatan Koperal dan seorang lagi dinaikkan ke jawatan Sarjan, berikutan prestasi cemerlang mereka dalam perkhidmatan masing-masing. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori