Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Tiada Arahan Larang Teksi,...

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak mengeluarkan arahan menghentikan operasi perkhidmatan teksi, kereta sewa dan...

Melampau!! NGO Macha Dan...

SUATU ketika dahulu, kedaulatan Sultan Perak Almarhum Sultan Azlah Shah dihina oleh sesetengah...

Sultan Johor Sedia Serah...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor sedia menyerahkan tanah milik Baginda di Bukit Chagar...

Bekas Presiden CUEPACS Seru...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan awam, yang menjadi tulang belakang pentadbiran negara ini, perlu...

Tawaran TNB Ke Atas Integrax Tawaran Sama-Sama Menang

KUALA LUMPUR – Tawaran pengambilalihan oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB) ke atas pengendali pelabuhan, Integrax Bhd, akan merupakan peluang sama-sama menang, dengan Perak bakal memperoleh manfaat besar limpahan ekonomi, kata bekas menteri pengangkutan Tan Sri Ong Tee Keat hari ini.

Beliau berkata kejayaan pengambilalihan itu akan membawa aliran lancar pelaburan TNB ke negeri ini, dan ini harus dilihat sebagai keyakinan besar kehadiran syarikat utiliti kuasa besar itu di Perak.

“Sejak awal lagi, ini bukan satu keputusan yang terburu-buru, malah merupakan langkah bijak dalam perniagaan berasaskan pertimbangan kepentingan jangka panjang,” katanya kepada Bernama.

Ong berkata berikutan kapasiti penjanaan kuasa TNB yang lebih tinggi dalam tempoh terdekat, sudah pasti kapasiti pengendalian arang batu oleh pengendali pelabuhan terminal itu turut dipertingkat.

“Inilah rasionalnya TNB menetapkan sasaran perniagaan pengendali pelabuhan ini.”

“Walaupun hanya mengendalikan arang batu, pelabuhan ini boleh turut mengembangkan aktiviti berkaitan arang batu seperti pengadunan arang batu, dan banyak lagi yang boleh difikirkan,” katanya.

Ong berkata matlamatnya beliau mahu melihat rakyat jelata cukup bijak untuk memberikan TNB peluang berkembang bersama Perak menerusi pengambilalihan Integrax.

TNB mula membuat tawaran pada Januari dengan menetapkan harga perjanjian sebanyak RM2.75 sesaham. Saham Integrax tidak pernah mencecah RM2.75 sesaham dalam tempoh 10 tahun sebelum tawaran itu.

Tawaran ini kemudiannya dinaikkan kepada RM3.25 sesaham pada 26 Feb bagi menyamai penilaian tertinggi Penasihat Bebas Perak Corporation Berhad (PCB) sebanyak RM3.25 sesaham.

PCB memiliki 15.74 peratus saham Integrax, dan pemegang saham akan membuat keputusan pada di EGM yang dijadualkan pada 27 Mac terhadap tawaran TNB itu.

Bagaimanapun Rabu lepas, Amin Halim Rasip, antara pemegang saham utama Integrax, dengan 24 peratus pegangan, menawarkan untuk mengambil alih 5 peratus daripada pegangan PCB dalam Integrax pada RM3.50.

Menurut Amin, beliau membuat tawaran itu sebagai ‘satu tanggungjawab negara’ untuk mengelakkan ‘pembuangan’ aset strategik di negeri ini yang mempunyai prestasi baik yang sudah terbukti rekod.


Pelabuhan Lumut terdiri daripada dua terminal iaitu Terminal Maritim Lumut (LMT) yang mengendalikan pukal kering dan cecair dan Lekir Bulk Terminal (LBT), terminal pukal kering arang batu. LBT ialah pembekal tunggal pengendalian arang batu dan perkhidmatan pengedaran untuk Loji tenaga Janamanjung TNB.

Sekiranya PCB menerima tawaran TNB, PCB masih memegang 50 peratus tambah 1 dalam LMT dan akan terus terlibat dalam Pelabuhan Lumut yang berfungsi sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Mohd Azman juga memberi jaminan bahawa TNB komited sepenuhnya untuk membantu negeri ini berkembang melalui inisiatif pelaburan dan ekonomi jangka panjang.

Ong berkata ‘walaupun TNB mahu memperoleh pegangan utama dalam Integrax, pengendali pelabuhan Lumut, ini tidak bermakna bahawa TNB menjejaskan pertumbuhan Integrax.

TNB pasti mahu melihat pelabuhan itu berkembang, dengan tidak hanya memberi tumpuan kepada satu aspek iaitu pengendalian arang batu, walaupun nyatanya pengendalian arang batu sangat penting kepada TNB.”

“Menyedari bahawa TNB kini memberi tumpuan kepada Lumut, loji penjanaan tenaganya di Lumut serta beberapa rancangan pembangunan lain akan datang – Manjung 4 dan Manjung 5, saya dapat melihat bahawa ini merupakan pelan jangka panjang dan bukan untuk kesesuaian jangka pendek,” katanya.

Beliau berkata pelaburan lebih daripada RM700 juta untuk pemerolehan perniagaan yang baik itu wajar untuk jaminan bekalan kuasa.

“Memandangkan TNB adalah pelanggan utama Integrax melalui Lekir Bulk Terminal, dan dengan peningkatan kapasiti bekalan kuasa melalui pemasangan tambahan, memperoleh kepentingan kawalan dalam syarikat pengendali pelabuhan itu merupakan pilihan yang perlu dilaksanakan,” katanya.

“Jaminan arang batu sudah semestinya sangat penting dalam agendanya. Ini bermakna ia perlu memastikan bahawa terdapat bekalan arang batu yang lancar.

“Pemerolehan pelabuhan adalah bukti keyakinan korporat yang baik TNB ke atas ekonomi negeri Perak. Dan, ini merupakan keputusan perniagaan yang bijak dan saya melihat tidak ada sebab mengapa keputusan perniagaan ini perlu dicabar,” kata Ong.

Beliau menambah bahawa ‘kepada penduduk, bukan sahaja di Perak, malah di seluruh Semenanjung, saya suka melihat akhirnya inisiatif ini akan memberi manfaat bukan sahaja kepada TNB, malah kepada negeri secara menyeluruh dari segi pulangan ekonomi.” – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori