Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Ukur Suhu Badan Di...

PUTRAJAYA - Alat pengukur suhu badan harus digunakan di dahi bagi menjamin ketepatan bacaan, kata...

Artis Tak Wajar Hasut...

GOLONGAN penggiat seni tempatan dinasihatkan supaya tidak terjebak dalam kancah politik tanah air...

Pencuri Dibogel Orang Kampung.....

Bertindak melulu dan melebihi batasan, beberapa individu di sebuah kampung di Bachok, Kelantan...

13 Pati Ditahan Di...

SEREMBAN - Jabatan Imigresen Negeri Sembilan memberkas 13 pendatang asing tanpa izin (PATI)...

TEKUN Timbang Guna Khidmat Agensi Pengutip Hutang

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kemungkinan menggunakan khidmat agensi pengutip hutang bagi mendapatkan balik pinjaman yang belum dijelaskan oleh peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN).

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kaedah itu adalah jalan terakhir bagi menyelesaikan masalah hutang tidak berbayar berjumlah lebih RM500 juta atau 22 peratus jumlah yang dikeluarkan.

“Kita akan mula dengan tindakan guaman tetapi jika cara ini gagal, khidmat agensi pengutip hutang akan kita gunakan,” katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama 328 warga kerja TEKUN seluruh negara dan pegawai kementerian, di Putrajaya, Isnin.

Menteri itu berkata kaedah mengutip hutang oleh pegawai TEKUN selama ini masih dilihat sebagai sistem yang terbaik kerana berjaya mengutip 78 peratus daripada jumlah pinjaman dikeluarkan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri mahu TEKUN bebas daripada kerenah birokrasi berikutan aduan permohonan lambat diluluskan yang kerap diterimanya kerana kelewatan sedemikian melemahkan semangat pemohon untuk memulakan perniagaan.

“Kadang-kadang kedai sudah sewa, tetapi modal lambat dapat dan ini menyebabkan peniaga rugi sebelum memulakan perniagaan…penantian itu satu penyeksaan.


“Jadi, jangan biarkan permohonan tanpa jawapan walaupun permohonan itu tidak diluluskan, jawapan perlu diberi,” katanya.

Ismail Sabri mahu warga TEKUN terus amanah melaksanakan tanggungjawab bagi meningkatkan keyakinan masyarakat susulan kes rasuah melibatkan organisasi itu baru-baru ini.

“Saya tidak akan berkompromi dalam isu integriti dan sesiapa yang terlibat, berani buat berani tanggung,” tegasnya.

Pada Januari lepas, bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) TEKUN ditahan berhubung dakwaan meminta suapan daripada syarikat pengutip hutang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori