Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Hampir Sejuta Pengguna Dapat...

KUALA LUMPUR - Inisiatif kerajaan memperkenalkan pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan bagi...

Status Juara Dunia Tak...

KUALA LUMPUR - Penerjun elit negara, Cheong Jun Hoong tidak mahu dibayangi gelaran...

Derita Kanak-Kanak Berkepala Besar,...

HANYA menanti keajaiban....itu harapan ibu bapa kepada kanak-kanak berusia 14 bulan ini, Dhabuhi...

Muafakat Nasional Kembalikan Kuasa...

KUALA LUMPUR - Penyatuan Ummah yang terjalin dengan Piagam Muafakat Nasional antara UMNO...

Kami Sokong Turun Caj Jalur Lebar, Jamin TELCO

PETALING JAYA – Syarikat telekomunikasi tempatan menyatakan sokongan terhadap seruan kerajaan untuk menyediakan akses Internet jalur lebar pada kadar rendah.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Seri Dr Halim Shafie berkata, menerusi pertemuannya dengan Ketua Pegawai Eksekutif pembekal perkhidmatan Jumaat lepas, kumpulan itu turut berkongsi kebimbangan mengenai isu kemampuan, terutamanya di kalangan golongan berpendapatan rendah.

Beliau berkata beberapa isu-isu penting seperti kualiti perkhidmatan dan hala tuju serta masa depan industri yang memberi tumpuan kepada inovasi serta matlamat untuk memperkayakan pengalaman pengguna yang telah dibincangkan dalam mesyuarat itu.

“Ini merupakan satu tindak balas positif daripada pihak industri dan saya berharap sokongan oleh CEO industri akan mempercepatkan proses rundingan,” kata Dr Halim menerusi kenyataan.

Dalam kenyataan itu juga, CEO kumpulan Axiata, Datuk Seri Jamaludin Ibrahim berkata langkah untuk mengenakan caj perkhidmatan yang lebih rendah akan memberi manfaat kepada industri dalam jangka masa panjang.


Manakala Ketua Pegawai Operasi DiGi, Albern Murty juga menyatakan sokongan beliau kerana menurutnya penyediaan akses jalur lebar pada harga rendah untuk semua peringkat menjadi prinsip syarikat itu.

Sementara Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Morten Lundal berkata sebagai pembekal perkhidmatan digital, mereka akan terus membantu pelanggan untuk mengakses Internet pada kadar yang lebih baik. – mStar Online

Artikel berkaitan yang pernah disiarkan Mynewshub:

Tinjauan: 98% Setuju Syarikat Telco Negara Ini Kuat Menipu!
Senarai Penipuan Telco Yang Didedahkan PPIM
Khidmat Data Internet Tak Telus, Syarikat Telco Penipu – PPIM
Siapa Pantau Kesahihan Jumlah Penggunaan Pelan Data Telco?
Telco Penipu – Surat Terbuka Kepada YB Khairy Jamaludin

https://www.youtube.com/watch?v=vTObLKv1hqc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori