NAMPAKNYA penjelasan berhubung status percintaan antara aktres Tasha Shilla dan peninju Muay Thai, Hans Wong masih gagal dirungkai.
Ini kerana ketika diajukan soalan tersebut kepada empunya badan, Hans memilih untuk tidak menjawab dan menyarankan agar soalan sama ditanya kepada Tasha.
BERKAITAN: Tasha Shilla, Hans Dah Putus Cinta… Betul Ke?
Ujar Hans, 25, dia memilih untuk mengunci mulut berkenaan soal peribadi kerana dia bukanlah seorang selebriti.
Memetik kenyataannya menerusi portal MStar, “Saya tidak ada apa mahu komen mengenai perkara itu. Lebih baik tanya Tasha sendiri.”
Sementara itu, Hans turut memohon agar pihak media memberikan ruang buat tunggak utama Sahara itu untuk jelaskan situasi sebenar.
“Biarlah dia bertenang dahulu. Mungkin jika sudah bersedia, dia akan menjelaskan kepada pihak media.
“Maafkan saya kerana tidak dapat mengulas apa-apa mengenainya,” kata Hans.
Pasangan tersebut dilapor mula menjalin hubungan intim pada 2013 dan dilihat bagai ‘merpati dua sejoli’ kerana acapkali memuatnaik foto bersama-sama.
Namun mega mendung dikesan melatari hubungan mereka setelah Tasha memadamkan hampir kesemua gambarnya dengan Hans di laman Instagram.
Sehingga kini, Tasha masih gagal dihubungi bagi mengesahkan status terkini hubungan cintanya.
– MYNEWSHUB.CC
Program Ketuk-Ketuk Ramadan Bersama Tasha Shilla
https://www.youtube.com/watch?v=N_rKDP7MHYw