Bermain teka-teki lebih beberapa minggu, akhirnya tonggak utama drama Tabir Zulaikha, Tasha Shilla mengakui bahawa hubungan percintaannya bersama peningu Muay Thai, Hans Wong sudah terlerai.
Menyimpul kasih semenjak 2013, Tasha walau bagaimanapun tidak memusuhi bekas kekasihnya, malah mereka masih berkawan.
Ujarnya kepada program hiburan HLive, “Memang kiteorang tak ada apa-apa. But we’re still friends because our relationship before this memang friends and now kiteorang break up for good untuk haluan masing-masing.”
[TERDAHULU: Tasha Shilla Nafi Putus Cinta Dengan Hans]
Disogok pula dengan soalan tentang punca perpisahan, Tasha kemudiannya menolak andaian ramai tentang kehadiran pihak ketiga dalam hubungan mereka.
Ujarnya, ia hanyalah satu khabar angin yang tidak benar. Kenyataan tersebut sekaligus menepis dakwaan segelintir pihak tentang keterlibatan penyanyi baru, Kaka Azraff yang dikatakan punca perpisahan Tasha dan Hans.
“Kita berusaha, tapi Tuhan yan menentukan. Insya-Allah, kalau ada jodoh, adalah. So sekarang kiteorang bawa haluan masing-masing untuk perbaiki diri antara satu sama lain.”
Apapun, semoga Tasha tabah menghadapi dugaan dalam hidupnya. Orang cakap, patah tumbuh hilang berganti…
– MYNEWSHUB.CC
Laporan Berita Hiburan – Betul Ke Tasha & Hans Sudah Putus?