KUALA LUMPUR – Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menentang pembentangan undang-undang hudud di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam membuktikan parti itu hanya bekerjasama dengan PAS bagi menjadikan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, sikap PKR yang selama ini mahu memperkudakan PAS itu juga terbukti apabila mengarahkan wakilnya di DUN Kelantan, Mohd. Roslan Puteh tidak menyertai perbahasan dan pengundian ke atas rang undang-undang hudud itu.
“PKR tidak pernah menerima hudud, sebaliknya bekerjasama dengan PAS semata-mata mahu merealiasikan agenda untuk menjadikan Anwar sebagai perdana menteri.
“Parti ini (PKR) tidak pernah memperjuangkan orang Melayu, malah mereka juga mahu institusi diraja dihapuskan. Agenda mereka hanyalah memperjuangkan individu yang bernama Anwar Ibrahim semata-mata,†katanya dalam satu kenyataan semalam.
Sehubungan itu, Sohaimi hairan mengapa ada segelintir pemimpin PAS masih mahu meneruskan kerjasama dengan PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang yang jelas menentang pelaksanaan hudud yang merupakan hukum Allah S.W.T.
“DAP bukan sahaja menolak hudud, malah melabel PAS sebagai pengkhianat. Pemimpin tertinggi PKR adalah Melayu yang beragama islam, tetapi malangnya mereka terang-terang menolak undang-undang yang dituntut dalam Islam,†katanya.
Beliau turut menegaskan dakwaan kononnya UMNO mengambil kesempatan apabila menyokong hudud yang dibentangkan PAS Kelantan tidak berasas kerana parti itu memang tidak pernah menentang perkara oleh Islam. – mynewshub.cc