Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Peluang Rakyat China Rasai...

NANNING – Festival Durian Malaysia 2017 (MDF20170) selama tiga hari di sini bermula...

Pemimpin UMNO, PAS Warnai...

MERIAH... Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk...

“Nak Pakai, Pakai, Tak...

BUKANLAH cerita baharu sebenarnya mendengar pengusaha butik pengantin atau perancang perkahwinan melakukan kesalahan...

KFC Perkenal Keju 3...

KUALA LUMPUR - Siri hidangan berkeju popular KFC diteruskan dengan sebuah lagi ciptaan...

Terengganu Lancar Majlis Perundingan Integriti Negeri

KUALA TERENGGANU – Majlis Perundingan Integriti Negeri Terengganu (MPINT) dilancarkan hari ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri mewujudkan perkhidmatan awam yang telus dan bebas daripada unsur rasuah.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata sebagai permulaan, golongan sasar MPINT ialah wakil rakyat, pegawai kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pemimpin setempat.

“MPINT akan memberi penerangan terperinci mengenai tindakan yang boleh dikaitkan dengan kesalahan rasuah. Kami tidak mahu disebabkan sedikit kesilapan atau salah faham, ia mencalarkan imej perkhidmatan awam negeri ini.

“Ini juga akan melibatkan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membuktikan komitmen tinggi kerajaan negeri untuk memberi perkhidmatan berkualiti kepada rakyat,” katanya ketika melancarkan majlis perundingan itu di sini.

MPINT dianggotai wakil 16 agensi kerajaan, institusi agama dan persatuan belia.


Ahmad Razif berkata pelancaran MPINT juga disifatkan sebagai tepat pada masanya dan selari dengan prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang diperkenalkan kerajaan negeri pada tahun lalu.

Beliau berkata majlis perundingan itu juga berfungsi untuk menasihati kerajaan negeri dalam pelaksanaan integriti dengan tumpuan utama diberikan kepada sektor awam, swasta dan pertubuhan politik.

“MPINT dapat memastikan pembangunan di negeri ini meliputi ekonomi, sosial, budaya dan politik bertunjangkan integriti,” katanya.

Beliau yakin matlamat MPINT dapat direalisasikan dengan sokongan daripada SPRM, Institut Integriti Malaysia (IIM), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), tokoh-tokoh akademik dan pemimpin setempat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori