JOHOR BAHRU – Tiga rentung manakala tiga lagi cedera selepas kereta Kia Spectra yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dan terbakar di KM164 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, dekat Tangkak, Ledang, hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Kalidasan Gurbachan Singh, 22, manakala dua lagi masih belum dikenal pasti identitinya.
Katanya di sini, tiga yang cedera, kesemuanya wanita dikenal pasti sebagai K. Sarmila, 22, Suvathavanu, 18, dan Padisan.
Jurucakap itu berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 7.13 pagi dan sepasukan anggota bomba bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak tiba di tempat kejadian, kira-kira lima minit kemudian. – BERNAMA
https://youtu.be/vAEMXVA0znU