Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kelayakan ACL: Pertemuan JDT-Bengaluru...

JOHOR BAHRU - Pertemuan antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Bengaluru FC dari...

Yu Cicak Lampai Manja,...

BAGI yang mempunyai hobi memelihara ikan hiasan di dalam akuarium, mereka kini boleh...

Kerajaan Mahu Maklum Balas...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan mengalu-alukan cadangan dan maklum balas semua lapisan masyarakat sebagai input...

Pengawal Peribadi Yang Ditembak...

PUTRAJAYA - Pengawal peribadi kepada ahli perniagaan bergelar Datuk yang parah ditembak dua...

Tipu AS$150,000: Ahli Perniagaan Mengaku Tidak Bersalah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli perniagaan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menipu seorang lelaki membabitkan wang tunai AS$150,000.

S. Ponnusamy, 45, didakwa menipu Muhamad Afizal Mohamad Harun, 27, juga ahli perniagaan, dalam urusan pertukaran mata wang asing hingga mendorong beliau menyerahkan sejumlah wang tersebut di Wisma Mohamed Ebrahim, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini pada 3.30 petang, 9 Jan lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun, dengan sebatan, serta boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya S. Nithiya memohon kepada mahkamah supaya tertuduh tidak dibenarkan sebarang jaminan, namun peguam Nur Aziatul Nadia Roslan yang mewakili Ponnusamy merayu kerana tertuduh perlu menyara dua orang anak yang masih bersekolah manakala isterinya tidak bekerja.


“Tertuduh juga telah membayar balik sebahagian daripada jumlah wang itu dan memohon sedikit masa untuk memulangkan semua wang namun tidak dipersetujui oleh pihak yang terlibat.

“Isteri tertuduh yang hadir hari ini hanya mempunyai RM2,500 untuk menjamin suaminya,” kata Nur Aziatul Nadia.

Hakim Norsharidah Awang kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah serta menetapkan 20 April depan untuk sebutan kes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori