Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lagi Kontraktor Binaan Curi...

SEREMBAN - Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains) menyerbu sebuah tapak pembinaan...

Peragaan Separuh B0gel Insiden...

SHAH ALAM - Peragaan separuh bogel sempena Tatoo Malaysia Expo 2019 di Pusat...

5 Negeri Dilanda Hujan...

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan...

Hafizal Ahmad: Saya Hilang...

PENGULAS sukan Astro, Hafizal Ahmad menyifatkan kehilangan pengulas sukan tersohor negara, Datuk Hasbullah...

TMJ Akui JDT Diluar Prestasi Sebenar

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui persembahan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) pada awal musim ini di luar prestasi sebenar pasukan itu.

Baginda bagaimanapun yakin prestasi pasukan JDT akan bertambah baik dan cemerlang dalam aksi seterusnya melalui beberapa pindaan pemain semasa tempoh jendela perpindahan dibuka.

“Saya akui kita (JDT) agak sedikit “off form”. Kita perlu lebih konsisten dan saya yakin pasukan kita akan bertambah baik dan cemerlang dalam baki musim ini.

“Kita akan membuat beberapa pindaan pemain semasa tempoh jendela perpindahan selain memperbaiki aspek taktikal untuk memberikan pasukan kita lebih dorongan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan,” titah baginda dalam satu kenyataan malam tadi.

Tunku Ismail dalam pada itu menyeru penyokong JDT memahami kalah atau menang merupakan adat permainan kerana pada baginda yang lebih penting PBNJ konsisten dalam membangunkan bola sepak Johor.

Jelas baginda, PBNJ telah berjaya mentransformasikan pasukan JDT dan merubah landskap bola sepak Malaysia hingga memaksa pasukan lain turut memberi tumpuan kepada pembangunan pasukan serta kebajikan pemain.

Justeru, baginda menyindir pihak yang gemar memperlekehkan pembangunan bola sepak Johor dengan melabelkan golongan tersebut sebagai `peminat gelap’ pasukan JDT.

Tunku Ismail menegaskan JDT telah mencapai pelbagai kejayaan untuk sebuah kelab yang masih mentah dan baginda lebih mengutamakan pembangunan serta pelaburan jangka panjang berbanding kejayaan segera.


Titah baginda, antara pelaburan jangka masa panjang adalah program pembangunan akar umbi, menaik taraf kemudahan bolasepak dan mempelajari kejayaan kelab-kelab terkemuka seperti Valencia, Manchester City dan Borussia Dortmund.

“Saya merupakan seorang presiden (persatuan bola sepak) yang muda dan saya jamin yang saya akan berada di sini untuk tempoh yang panjang. Saya baru sahaja bermula. Saya akan melabur dan berusaha dengan lebih gigih lagi demi bola sepak Johor.

“Kejayaan bukan sekadar meraih piala, tetapi dari segi konsisten dan sentiasa bersaing merebut kejuaraan, mempunyai pemain berkualiti, kemudahan bertaraf dunia, program pembangunan akar umbi yang berterusan dan para penyokong yang teguh dan setia,” titah baginda.

Sehubungan itu Tunku Ismail memberi nasihat kepada penyokong JDT seperti berikut:

“Berbuat baik kepada semua orang, kerana berbuat baik adalah sebaik-baik peninggalan. Usah merisaukan bagaimana ianya akan berlaku, tetapi yakinlah bahawa ianya akan berlaku. Dalam membina sebuah empayar, semakin besar empayar yang kita bina, semakin bersungguh-sungguh musuh kita mahu memusnahkannya.Untuk berjaya dalam hidup, amalkan kehidupan yang ceria dan jangan terlalu risaukan kata-kata orang lain. Sentiasa merendah diri dan bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan.Sentiasa ingat tiga perkara: Bersyukur dengan nikmat yang telah Tuhan kurniakan kepada kita, sayangilah orang tercinta dan sentiasa senyum”.

– MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • JDT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori