Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Heret Penumpang Viral: CEO...

BERIKUTAN kemarahan orang ramai berhubung tragedi seorang penumpang diheret keluar dengan mulut berlumuran...

PAS Dalam Bahaya Kalah...

KUALA LUMPUR - PAS dalam bahaya kerana akan kehilangan hampir kesemua kerusi Parliman...

Pilihan Raya Negeri: Rezeki...

KUCHING - Bahang pilihan raya yang makin terasa membawa rezeki melimpah kepada peniaga...

Zahid Hamidi Hadir Mesyuarat...

KOTA BHARU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memulakan...

Tolong Perangi Aedes Habis-Habisan!

KUALA LUMPUR – Usaha memerangi nyamuk aedes perlu dilakukan habis-habisan supaya masyarakat negara ini dilindungi daripada penyakit yang mengundang maut tersebut, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Noor Hisham berkata, situasi denggi yang melanda malaysia masa kini semakin meningkat maka semua pihak perlu bersepadu untuk mewujudkan suatu komuniti yang bebas aedes.

Menurut beliau, pada minggu lalu sahaja sebanyak 12 kes kematian akibat denggi dilaporkan di seluruh negara menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu sebanyak 74 kematian.

“Negeri yang melaporkan kes kematian itu adalah Selangor (7), Perak (4) dan satu (1) kematian di Pulau Pinang. Kesemua kematian telah disahkan meninggal disebabkan komplikasi demam denggi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham menjelaskan, sebanyak 2,643 kes demam denggi dilaporkan diseluruh negara dari 1 sehingga 7 Mac lalu berbanding 2,656 kes pada minggu sebelumnya.


Menurutnya, jumlah keseluruhan kes demam denggi dari awal tahun sehingga 7 Mac 2015 pula sebanyak 26,609 kes berbanding hanya 18,435 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Beliau turut memaklumkan sebanyak 961 lokasi wabak yang masih aktif dilaporkan di seluruh negara dan sebanyak 229 lokaliti itu di Selangor, Perak (37), Sabah (3), Pulau Pinang (1) dan Pahang (1).

Selain itu, katanya, sebanyak 87 peratus daripada 102 tapak projek pembinaan yang diperiksa dari 10 Februari hingga 6 Mac lalu didapati mempunyai pembiakan nyamuk aedes dan akan didakwa di mahkamah manakala 73 peratus projek itu diperintah tutup untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan. mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori