Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tular! Tak Puas Hati...

SEMAKIN hari, dunia kita menyaksikan pelbagai jenis perbuatan pelik manusia. Tidak kurang nya...

Puteri Brunei Palsu Didakwa...

Bangkok - Empat individu, termasuk seorang mendakwa puteri Sultan Brunei dituduh di mahkamah...

2 Pegawai Perhutanan T’ganu...

KUALA TERENGGANU – Dua pegawai Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu hari ini direman selama...

47 Kanak-Kanak Maut Akibat...

KUALA LUMPUR - Seramai 47 kanak-kanak berusia 17 tahun ke bawah di negara...

TPA-M10 Ke Mindanao Pantau Proses Damai

PETALING JAYA – Tim Pemantau Antarabangsa-Mindanao 10 (TPA-M10) berlepas ke Mindanao, Filipina hari ini bagi menjalankan tugas pemantauan dan mengawasi proses gencatan senjata antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Tim itu berlepas menggunakan pesawat C-130 dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, dekat sini pada kira-kira jam 9 pagi.

Tim ini melibatkan penyertaan 16 anggota iaitu 11 daripada ATM, dua daripada Polis Diraja Malaysia manakala tiga kakitangan awam daripada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar Negeri.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin sebelum ini mengingatkan anggota pasukan itu supaya melaksanakan tugasan dengan penuh profesional dan tidak berbelah bahagi dalam memastikan proses perdamaian dapat dicapai dalam masa terdekat.

Zulkifeli berkata, tim itu dijangka menjadi kumpulan terakhir dalam tugas mereka selepas perjanjian damai peringkat akhir itu ditandatangani.

“Selepas ia ditandatangani kelak, mungkin pemantauan oleh pihak tertentu dari negara luar tidak lagi wujud sebaliknya akan wujud jawatankuasa ‘decommissioning committee’ untuk menentukan penyerahan senjata sebagai mana yang telah termaktub dalam perjanjian.


“Malaysia mungkin akan terlibat dalam jawatankuasa lain tetapi ATM besar kemungkinan tidak lagi terlibat,” katanya.

Perjanjian akhir itu juga dijangka memperuntukkan Undang-undang Asas Bangsamoro (BBL) yang kini dalam proses pendengaran di kongres Filipina.

Misi TPM-10 diketuai Mejar Jen Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan dan ditempatkan di empat kawasan, Catabato City, Illigan City, Zamboanga dan General Santos City.

Tim ini akan menggantikan TPA-M9 yang telah bertugas sejak 14 Mac 2014 dan dijangka akan bertugas selama setahun di kawasan yang telah ditentukan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori