Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

SPAD Wujud Bas Henti-Henti...

KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mewujudkan perkhidmatan bas henti-henti...

Lelaki Gelandangan Maut Dalam...

ALOR SETAR - Seorang lelaki gelandangan ditemui mati dengan kesan kecederaan di kepala...

Gempa Bumi Kuat Di...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter berlaku...

“Ainul Sudah Pandai Gosok...

LONDON - Bayi bertuah, Ainul Mardhiah Ahmad Saifuddin semakin cergas dan sudah pandai...

TPM Pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kos Sara Hidup

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Kos Sara Hidup Rakyat di Bilik Jawatankuasa 1, Parlimen di sini.

Turut hadir ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan serta wakil -agensi kerajaan yang berkaitan.

Agenda mesyuarat yang dibincangkan termasuk melihat isu berkaitan harga barangan dan mencari kaedah untuk menstabilkan harga barangan.

Timbalan Perdana Menteri dijangka mengeluarkan kenyataan mengenai hasil mesyuarat itu pada petang ini.


Jawatankuasa itu yang ditubuhkan pada 15 Jan 2014 merupakan lanjutan daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Menangani Kos Sara Hidup.

Antara peranan jawatankuasa itu adalah menyelaras pelaksanaan dasar dan program pelbagai kementerian dan agensi terlibat dalam usaha mengurangkan beban rakyat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori