KUALA LUMPUR – Filem The Red Warriors (TRW) The Movie dijangka menemui penonton di panggung wayang selepas Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, proses pembikinan filem itu telah 100 peratus siap.
“Sungguh saya tak sangka begitu baik pembikinannya, Filem yang unik. Jalan cerita yang mudah dan menyentuh hati.
“Kisah seorang anak yang berkorban menyempurnakan hasrat arwah bapanya yang begitu meminati TRW,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Annuar dalam pada itu memuji pemain TRW yang berlakon dalam filem tersebut kerana mempunyai bakat sebagai pelakon yang baik.
Jelas beliau, Filem TRW The Movie sedang menjalani peringkat di Lembaga Penapisan Filem sebelum mendapatkan giliran wajib tayang di pawagam. – mynewshub.cc