Menerusi laman mikro Twitter rasminya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan bahawa lidah rasmi DAP iaitu Roketkini bakal dipanggil setelah mengeluarkan satu artikel kontroversi.
Bertajuk ‘Demo anti-GST: Sampai bila Polis nak jadi ‘pak turut’ UMNO?‘, pihak berkuasa bakal menuntut pihak editor Roketkini mengemukakan bukti bagi tuduhan tersebut.
[TERDAHULU: Polis Tetap Siasat Isu 1MDB – Khalid Abu Bakar]
Tulis beliau, ‘Eloklah @Roketkini hentikan Fitnah dan Hasutan sebegini. @PDRMsia akan panggil Editor untuk kemuka bukti tuduhan ini.’
Menerusi entri yang sama, Khalid turut melampirkan screenshot artikel tersebut yang dimuat naik pihak Roketkini di laman Twitter mereka, semalam.
Artikel tersebut berkisarkan tentang komen dari Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago tentang senario pasca protes anti-GST yang dibuat di Kelana Jaya.
Melalui pemerhatian, artikel tersebut masih dipaparkan di laman blog milik parti pembangkang itu tanpa apa-apa pengubahsuaian pada tajuknya sehingga hari ini.
– MYNEWSHUB.CC
Polis Menahan Lebih 80 Individu Dalam Perhimpunan Anti GST
https://www.youtube.com/watch?v=jx7X1j1RI-I