Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bekas Isteri Kedua Adi...

SEREMBAN - Bekas isteri kedua pelakon Adi Putra dihadapkan ke Mahkamah Masjistret Seremban di...

Gambar Ibu Biar Anak...

GAMBAR seorang ibu membiarkan anaknya membuang air kecil di sinki food court sebuah pasar...

Koronavirus: Presiden China Beri...

BEIJING - Presiden China, Xi Jinping semalam mengarahkan respons lebih cepat terhadap krisis...

Timun Dijumpai Dalam Dubur,...

SEORANG imam sebuah masjid di Turki terpaksa digantung tugas selepas laporan pemeriksaan kesihatannya...

Tukang Sapu Maut Dalam Letupan Bom

KAHERAH – Seorang tukang sapu maut apabila sebutir bom meletup di sebatang jalan di tengah ibu negara ini pada Sabtu, lapor seorang pegawai keselamatan.

Letupan itu dilaporkan berlaku berhampiran landasan tren di kawasan kejiranan di Mattariya yang merupakan kubu kuat penyokong yang menggulingkan bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi.

Disebabkan penggulingan Morsi oleh tentera pada 2013, rakyat yang memberontak sering melakukan serangan bom di Kaherah dan sasaran utama mereka adalah polis dan tentera.

Serangan terbaru itu dilakukan ketika persidangan pelaburan sedang berlangsung di Resort Laut Merah Sharm el-Sheikh, kira-kira 400 kilometer ke tenggara Kaherah dan ia telah menarik perhatian para pemimpin dan ahli perniagaan global.

Kawalan keselamatan telah dipertingkatkan sepanjang persidangan tersebut.


Letupan itu adalah peringatan untuk Presiden Abdel Fattah al-Sisi disebabkan pergolakan yang berlarutan sejak beliau mengambil alih pentadbiran Mesir.

Beliau menggulingkan Morsi pada 2013 dan sejurus itu memenangi pilihan raya presiden yang menyebabkan kemarahan penyokong Morsi. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori