Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pemandu Lori Maut Dihempap...

BUKIT MERTAJAM: Seorang pemandu lori maut dihempap mampatan kertas kitar semula dianggarkan seberat...

828 Individu Ditahan Langgar...

PUTRAJAYA - Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mendedahkan seramai...

Takkan Ada Caj Tambahan...

PUTRAJAYA - Pengurusan hotel yang diwartakan untuk tujuan kuarantin sudah bersetuju dengan kadar...

Mahkamah Kekal Hukuman Bekas...

ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan keputusan Mahkmah Sesyen...

Tunisia Lancar Perang Hapuskan Keganasan

TUNIS – Presiden Tunisia, Beji Caid Essebsi berjanji “melancarkan perang tanpa belas kasihan terhadap keganasan” selepas sekumpulan lelaki bersenjata membunuh 17 pelancong asing dan dua rakyat tempatan dalam serangan waktu siang di sini.

Ketika masyarakat antarabangsa mengutuk serangan ke atas Muzium Nasional Bardo yang turut menyebabkan 40 orang cedera kelmarin, Essebsi berikrar akan memerangi keganasan hingga ke titisan darah terakhir.

“Saya mahu rakyat Tunisia faham bahawa kita sedang memerangi keganasan dan pengganas minoriti ini tidak menakutkan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat berpuluh-puluh mangsa yang cedera di sebuah hospital di sini.

“Kita akan memerangi mereka tanpa belas kasihan dan sehingga ke titisan darah terakhir,” tegas Presiden itu.

Perdana Menteri Habib Essid pula berkata, kumpulan lelaki bersenjata dalam seragam tentera itu melepaskan tembakan ke arah pelancong dari Itali, Perancis, Australia, Colombia, Poland dam Sepanyol yang turun dari sebuah bas dan mengejar mereka ke dalam muzium itu.


Seorang pelancong Jepun berkata, dia dan ibunya terkena tembakan rambang yang dilepaskan kumpulan lelaki bersenjata tersebut.

“Saya ditembak di telinga, tangan dan leher,” kata pelancong berusia 35 tahun itu, Noriko Yuki dari katil hospital di sini.

“Ibu saya yang berada di sisi saya turut ditembak di leher. Dia tidak dapat bergerak apabila polis tiba,” tambahnya.

Antara yang maut termasuk lima warga Jepun, Itali (empat), Colombia (dua) dan masing-masing seorang pelancong Australia, Perancis, Poland serta Sepanyol.

Polis menembak mati dua lelaki bersenjata, manakala pihak berkuasa masih memburu beberapa konco mereka, kata Essid. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori