Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

APMM Tahan Bot Nelayan...

PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan...

COVID-19: Warga Malaysia Kes...

SINGAPURA - Wanita Malaysia berusia 66 tahun adalah satu daripada dua kes jangkitan...

BNM Keluarkan Duit Syiling...

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan...

Demi Anak Sakit Leukemia,...

Semata-mata untuk mencari dana merawat penyakit anaknya yang menghidap Leukemia, seorang lelaki di...

Ubat Titis Mata Ajaib Boleh Lihat Dalam Gelap

LOS ANGELES – Berita baik untuk mereka yang mengalami masalah ‘rabun ayam’ kerana tidak dapat melihat dengan baik pada waktu malam atau yang memang mahu mata mereka boleh melihat terang dalam suasana gelap.

Sekumpulan saintis biologi dari California Science for Masses (SfM) baru-baru ini berjaya mencipta sejenis ubat titis mata yang didakwa mampu menyebabkan penerimanya dapat melihat keadaan sekeliling dalam gelap.

Ubat cecair itu menggunakan Klorin e6 atau Ce6 yang bahan asasnya diperbuat daripada sejenis bahan dalam ikan laut dalam serta sering digunakan masyarakat nelayan tradisional untuk merawat masalah kebutaan dan barah.

Ce6 itu kemudian dicampur dengan insulin, sebatian masin dan bahan kimia dikenali sebagai dimetilsulfooksida atau DMSO yang berfungsi memperkuatkan retina, tisu mata untuk mengesan sebarang rangsangan cahaya.


Penemuan unik SfM yang diterbitkan menerusi jurnal sains dalam talian, IFLScience.com, pada Jumaat lalu mendedahkan, mereka menitis sejumlah 50 mikroliter ubat khas itu kepada salah seorang petugas mereka, Gabriel Licina.

“Selepas dua jam dititis, Licina dibawa ke tempat gelap dan dia mampu melihat seseorang yang berada 50 meter di depan dirinya selain banyak objek lain,” kata Jeffrey Tibbetts, petugas perubatan SfM yang menguji ubat itu.

Bagaimanapun, sebatian Ce6 ujar Tbbetts, hanya dapat bertahan dalam tempoh seharian dan mata individu terbabit akan kembali seperti sedia kala pada keesokan hari tanpa memberi sebarang kesan sampingan susulan.

Namun, atas sebab keselamatan memandangkan ubat itu belum lagi disahkan selamat oleh penyelidik bebas, penitisan kena dibuat secara terkawal oleh pakar perubatan bagi mengelak permukaan mata rosak dan langsung buta. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori