Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Guru KAFA Dijamin Tak...

PASIR PUTEH - Perkhidmatan guru Kelas Al Quran dan Fardu Ain (KAFA) tidak...

Gempa Bumi Sederhana Di...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.3 pada skala Ritcher...

Zizie Terima RM2.2 Juta...

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa isteri Bung Moktar Radin, Zizie...

“Saya Tak Benci Dia,...

KUALA LUMPUR - Hanya satu perkataan yang mampu menggambarkan perasaan Bella Astillah sekarang...

UMK Rancang Sistem ‘Feeder’ Tarik Pelajar China

KOTA BHARU – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merancang memperkenal sistem ‘feeder’ berbentuk kursus pensijilan Bahasa Inggeris di China bagi menarik pelajar dari negara itu melanjutkan pelajaran di universiti berkenaan.

Naib Canselornya, Prof Datuk Mortaza Mohamed, berkata melalui sistem berkenaan pelajar dari China akan memperoleh sijil Bahasa Inggeris yang menjadi antara syarat kemasukan ke universiti tempatan, selain mempromosi universiti berkenaan di negara tembok besar itu.

“Ini adalah struktur yang lebih lestari berbanding hanya membuat promosi di sana,” katanya selepas Sesi Bicara bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed di universiti berkenaan.

Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi SME Corporation Malaysia Isham Ishak.

Dialog berkenaan dianjur bersempena Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke 21 (AEM) bertemakan ‘Warga Kita, Komuniti Kita, Wawasan Kita’ yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat.

Mortaza berkata, inisiatif berkenaan adalah sejajar dengan matlamat UMK untuk mempunyai 10 peratus pelajar asing menjelang tahun hadapan.

Katanya, antara kawasan yang disasarkan universiti berkenaan di China ialah wilayah-wilayah yang mempunyai populasi Islam yang besar seperti Xi’an.

“Pada mereka, Malaysia ialah tempat yang selamat,” katanya.


Mortaza berkata, selain program ‘feeder’ berkenaan, UMK telah mewujudkan program berkembar dengan pusat pengajian tinggi luar negara seperti di Indonesia dan Asia Barat.

Katanya, pelajar dari negara berkenaan akan mengikuti program pra-Diploma di negara asal mereka sebelum melanjutkan pelajaran ke negara ini.

Selain menembusi pasaran China, katanya, universiti berkenaan akan turut meluaskan kerjasama ke negara anggota ASEAN seperti Laos dan Kemboja.

Katanya, langkah ini akan mengukuhkan lagi nama universiti berkenaan di negara serantau selepas turut menjalin kerjasama dengan universiti di Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina.

Mortaza berkata, Malaysia mempunyai kelebihan dalam menarik pelajar asing belajar di sini memandangkan sistem pendidikan tinggi di negara ini diiktiraf negara luar, terutama negara Barat, selain penguasaan bahasa Inggeris yang bagus.

“Penguasaan bahasa inggeris penuntut kita lebih baik daripada rakan mereka di kebanyakan negara serantau, malah mungkin sama baik dengan Singapura,” katanya.

Sejak memulakan pengambilan pelajar pada Jun 2007, UMK kini memiliki kira-kira 9,000 pelajar, termasuk 75 pelajar asing yang kebanyakannya dari Thailand dan Indonesia. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • UMK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori