Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Saya Terlalu Rindu Anak...

KUALA LUMPUR - 'Tolong jangan pisahkan saya dengan anak-anak.' Begitu permintaan Mohamad Aizad Rosli...

Kemalangan MPV-Treler Ragut Nyawa...

JOHOR BAHRU - Empat sekeluarga maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda...

Sentiasa Bersedia Dan Ada...

KUALA LUMPUR - Pemain bola sepak terhebat abad ini, Pele menasihatkan pemain bola...

Video: Sekumpulan Bangla, Seorang...

KEPENTINGAN pekerja asing kepada negara membangun seperti Malaysia tak mungkin dapat dinafikan tetapi...

UMNO Tak Akan Berjaya Jika Ahli Bersengketa, Pecah Belah

KUALA LUMPUR – UMNO tidak akan berjaya pada pilihan raya umum akan datang sekiranya anggota parti itu bersengketa dan berpecah-belah, kata Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Perdana Menteri, berkata untuk itu, anggota UMNO seharusnya mengamalkan solidariti, persepakatan dan bekerjasama sesama mereka.

Beliau turut mengingatkan anggota UMNO supaya mengurangkan permasalahan dalaman dan cantas-mencantas antara satu sama lain selain mengelakkan daripada mewujudkan dua pasukan dalam bahagian parti itu.

“Sentiasa pastikan kita tidak lupa tugas utama kita, iaitu pastikan UMNO terus berkuasa memimpin dan memperjuangkan hak rakyat yang sentiasa dekat di hati,” katanya dalam tulisan menerusi blognya NajibRazak.com, hari ini.

Dalam pada itu, Najib turut melahirkan rasa syukur dengan semangat baharu dalam kalangan anggota UMNO Kedah yang hadir pada Konvensyen UMNO Kedah 2015 bertemakan ‘UMNO Tonggak Transformasi’ semalam.

“Alhamdulillah saya lihat sebuah semangat baharu dalam kalangan ahli UMNO Kedah yang hadir, dan mudah-mudahan pada konvensyen akan datang kita akan lihat semangat ini kekal subur dan dijadikan suatu punca inspirasi untuk kita terus berjuang,” katanya.

Najib berkata anggota UMNO negeri itu perlu menjadikan faktor kejayaan merampas Kedah daripada pembangkang sebagai iktibar dalam perjuangan.


“Tahniah kepada jentera UMNO Kedah kerana Alhamdulillah kita bertemu di Konvensyen UMNO Kedah pagi semalam dalam keadaan kita sebagai parti pemerintah negeri Kedah.

“Kita perlu mengambil kegagalan Kerajaan Kedah sebelum ini dan apa yang menjadi faktor kejayaan kita memenangi Kedah sebagai iktibar untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang,” katanya.

Najib berkata antara faktor penyumbang kemenangan itu adalah permuafakatan dan semangat sepasukan.

– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori