Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Doping: Tunggu Jawapan Atlet...

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Perubatan dan Antidoping Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017)...

Kemuka MC Palsu Kesalahan...

PETALING JAYA - Dengan majikan kerugian sebanyak RM2.9 bilion setahun untuk membayar pekerja...

Masyarakat India Bersedia Sambut...

KUALA LUMPUR - Kedatangan musim menuai atau lebih dikenali sebagai Ponggal oleh masyarakat...

Polis Thai Tahan 2...

BANGKOK - Dua lelaki Malaysia ditahan setelah polis Thai memperluaskan siasatan mereka terhadap...

MB Perak Tak Setuju Ustaz Kazim Henti Jadi Pendakwah

IPOH – Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pendakwah terkenal dari negeri ini Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim Elias tidak perlu mengambil keputusan untuk berhenti daripada berdakwah.

Beliau berkata Mohd Kazim merupakan seorang pendakwah yang telah memberikan sumbangan besar terhadap masyarakat.

“Ustaz Kazim antara pendakwah yang cukup besar peranannya terhadap kanak-kanak hingga ke golongan dewasa. Setidak-tidaknya orang seperti Ustaz Kazim dapat memainkan peranan dalam caranya sebagai jurudakwah dan mampu menarik mereka untuk mendengar ceramah yang disampaikannya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai Ustaz Kazim yang membayangkan hasrat untuk berhenti daripada berceramah dalam tempoh terdekat, dipercayai ekoran beberapa isu yang membabitkan dirinya sejak kebelakangan ini.

Zambry juga meminta tiada pihak yang melihat Mohd Kazim sebagai pendakwah yang hanya pandai berjenaka. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori