Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Berbasikal Paralimpik Tamat Cabaran...

NILAI - Skuad berbasikal trek paralimpik kebangsaan menamatkan kempen Kejohanan Berbasikal Trek Asia...

Rizalman Lantik Peguam Hadapi...

PUTRAJAYA - Pegawai Waran Kedua Muhammad Rizalman Ismail, telah melantik peguamnya memandangkan bekas...

GST Bantu Jamin Masa...

KUALA LUMPUR - Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak  lagi sesuai untuk ekonomi...

Pesawat Tentera Udara Chile...

BANDAR MEXICO - Pesawat jenis C130 Hercules yang hilang dari radar telah disahkan...

Variasi Padi Aerob Mampu Tangani Cuaca Panas

MUAR – Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) akan mempromosikan variasi padi ‘Aerob’ kepada petani di seluruh Johor agar mempraktikkan penanamannya yang mampu menangani cuaca panas seperti sekarang.

Pengarah MARDI Johor Saniah Kormin berkata variasi padi berkenaan tidak memerlukan banyak air seperti penggunaan variasi padi lain.

“Variasi padi ini sama mutunya dengan penghasilan beras yang lain dan ia mampu bertahan dalam cuaca panas seperti ini kerana kurang penggunaan air.

“Namun ketika ini ia masih belum mendapat sambutan daripada petani untuk beralih kepada penggunaan variasi padi ini atas sebab-sebab tertentu,” katanya kepada pemberita ketika melawat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Pagoh di sini, hari ini.

Saniah berkata petani berkemungkinan khuatir untuk menukar penggunaan variasi padi Aerob itu yang tidak sama penghasilannya ketika tuaian seperti padi lain.

“Bagaimanapun MARDI akan meneruskan mempromosi variasi padi ini dan berharap ia mampu menjadi alternatif kepada tanaman padi ketika cuaca panas seperti ini.


“Penyelidikan MARDI akan terus berjalan bagi mencari variasi padi yang lebih bermutu dan menguntungkan petani pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata MARDI bercadang untuk menanam padi berkenaan di sawah terbiar berskala besar di negeri ini sebagai contoh kepada petani untuk melihat hasilnya.

Menyentuh mengenai cuaca panas ketika ini, Saniah berkata penggunaan telaga tiub antara alternatif yang boleh digunakan petani untuk mencari sumber air bagi tanaman mereka.

“Penggunaan telaga tiub bagaimanapun memerlukan sedikit kos namun ia mampu dipraktikkan dalam cuaca sebegini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori