COMEL! Video aksi seorang bayi menganggu ibunya melakukan kerja ini sangat mencuit hati ramai orang terutamanya kaum wanita.
Bermacam-macam cara dilakukan si kecil untuk mendapatkan perhatian ibunya itu.
Dalam video itu, walaupun si ibu sedang sibuk namun pada masa sama dia terpaksa juga melayan karenah serta memantau gerak-geri anak kecilnya itu.
Pelbagai aksi comel dapat dilihat dalam video yang sudah mendapat lebih 3 juta tontonan ini walaupun baru dimuat naik sehari di akaun Facebook ibunya.
Mana tidaknya, gelagat si comel itu sememangnya menarik ramai perhatian pengguna sosial media terutamanya di Facebook.
Ibu kepada bayi itu juga menyoal bagaimana para ibu yang mempunyai anak kecil bekerja dari rumah?
Mesti ramai yang tak sabar nak ada anak lepas tengok video comel ini.
Jom kita tengok apa yang berlaku pada ibu bayi yang comel ini dalam video itu !