Satu rakaman video yang menaikkan kemarahan ramai orang mengenai tindakan kurang ajar yang dibuat oleh lelaki yang dipercayai jurulatih bola sepak kanak-kanak itu telah tersebar meluas dan menjadi antara video popular di United Kingdom.
Dalam satu perlawanan bola sepak kanak-kanak di Moscow, Rusia, lelaki yang dipercayai jurulatih kepada salah satu pasukan yang bertanding itu telah menendang seorang pemain kanak-kanak tanpa rasa belas kasihan.
Entah apa yang diberangkannya sehingga sanggup bertindak sedemikian, tak berperikemanusiaan langsung.
Menerusi video yang sudah mencecah 1 juta tontonan di Youtube itu, lelaki terbabit telah menendang kanak-kanak malang itu sehingga terlentang di tengah-tengah gelanggang bola itu.
Komen orang ramai berpendapat bahawa lelaki itu harus dikenakan tindakan kerana perbuatannya yang dianggap tidak bertamadun.
Dengan budak-budak bolehlah tunjuk hebat, cuba cari lawan yang setaraf sikit, agaknya berani tak dia nak buat macam tu?
Bayangkanlah jika kanak-kanak itu adik kita atau anak kita, memang sedihlah kalau kita tengok mereka diperlakukan sebegitu.
Harap-harap lelaki itu dikenakan tindakan sewajarnya. -MYNEWSHUB.CC