POLEMIK yang tercetus yang membabitkan Datuk Mohd Kazim Elias dan Datuk Dr. Asri Zainul Abidin nampaknya makin berlanjutan.
Isu ‘Roti Jala’ Melarat.. Dr. Maza Kecewa Dicabar Di Media
Apatah lagi isu yang didakwa riwayat palsu mengenai ‘roti jala cicah kuah kari’ dalam buku nukilan Ustaz Kazim tersebar hingga mencetuskan pelbagai reaksi dan persoalan ramai pihak.
Melihat isu yang semakin hangat diperkatakan ini, penyanyi nasyid Amar tampil mendendangkan lagu ‘Roti Jala Cicah Kari’ hasil ciptaannya itu.
Lagu yang berkisarkan tentang ukhwah dan perdamaian sesama saudara muslim ini mencuri perhatian ramai apabila dikongsi hingga menjadi viral di laman Facebook.
Bait-bait dalam lagu berupa pesanan ini molek kiranya diambil ikhtibar apatah lagi masing-masing merupakan dua tokoh ulama yang begitu disegani.ÂÂ
Jom kita dengar lagu ‘Roti Jala Cicah Kari’ nyanyian Amar ini….
TEGURAN SESAMA MUSLIM BUKAN MENGHINA
TAPI UNTUK MENYELAMATKAN DARI DIMURKAI-NYA
KITA SEMUA BERSAUDARA ERATKAN UKHWAH
SUBURKAN KASIH SAYANG BEGITULAH SIFAT MUKMIN CEMERLANG
YANG BENAR ADALAH BENARÂÂ
YANG SALAH JANGANLAH DIULANG
AYUH KITA BERLAPANG DADA DUDUK SEMEJA
MINUM TEH TARIK BERSAMA
SAMBIL MAKAN ROTI JALA CICAH KARI
KITA MAKAN ROTI JALA CICAH KARI
LAGU/LIRIK: AMAR
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=yqd5A9-qM-I