Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kes COVID-19 Tertinggi Lingkungan...

PUTRAJAYA - Individu dalam lingkungan umur 18 hingga 59 tahun mencatatkan angka tertinggi...

Saman JPJ Kekal Tiada...

SEPANG - Dasar tiada tawaran diskaun terhadap mana-mana notis kompaun yang dikeluarkan Jabatan...

Selangor Peruntuk RM12 Juta...

DENGKIL - Kerajaan negeri Selangor memperuntukkan hampir RM12 juta setiap tahun untuk kerja-kerja...

Tempat Lain Boleh, Tapi...

WALAUPUN sudah berusia 52 tahun, Shah Rukh Khan masih lagi menjadi pujaan hati...

Video Kanak-Kanak 5 Tahun Beri Tutorial Solekan Dikritik

DANNA Gomez baru berusia lima tahun namun dia umpama seorang profesional ketika menyolek dirinya sendiri.

Danne yang berasal dari Colombia merupakan sensasi terbaru YouTube apabila videonya melakukan solekan berjaya mendapat perhatian ramai.

Bukan sahaja kanak-kanak ini menunjukkan cara untuk mengenakan bedak asas dan solekan mata, malah dia turut menerangkan teknik menjadikan hidung lebih mancung.

Dalam video berbahasa Sepanyol itu, Danna turut memberikan tip solekan yang sesuai untuk meraikan hari Valentine.

Namun di sebalik pujian melambung yang diterima kanak-kanak ini daripada orang ramai, tidak kurang pula yang mengkritik kerana ia dianggap memberikan tekanan kepada kanak-kanak untuk membesar dengan cepat.

“Kenapa kita tidak membiarkan sahaja kanak-kanak menjadi diri mereka, kenapa kita perlu tergesa-gesa menjadikan mereka dewasa sebelum mereka bersedia.

“Kecantikan asli bukannya dengan melukis muka, sebaliknya kecantikan semula jadi adalah yang terbaik,’’ itu antara kritikan yang diterima oleh Danna.


Video tersebut yang dimuat naik ke Facebook juga dikongsi lebih 150,000 kali dan turut dipuji kaum wanita.

Sesetengahnya menyifatkan cara solekan Danna lebih baik daripada mereka.

Video tutorial itu dimuatnaik oleh ibu saudaranya, Denisse Gomes yang menyifatkan aksi anak saudaranya itu sebagai `comel’.

Namun Gomes tidak menyangka video itu akan menjadi viral di media sosial.

https://www.youtube.com/watch?v=Nn1YlR1t74Y

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori