MESTI semua orang pernah tengok pertunjukan fesyen kan?
Cakap sahaja pertunjukan fesyen sudah semestinya anda bayangkan pentas ‘runway’ yang gah serta dihiasi lampu berwarna-warni bersama audio yang gempak.
Paling penting, mesti anda tertunggu-tunggu model yang nak berjalan itu, tak kisahlah model lelaki ke perempuan mesti semuanya cantik dan tampan belaka.
Berbeza dengan video yang anda akan lihat ini, hanya berbekalkan kain-kain sedia ada serta ruangan bilik rumahnya, adik ini mampu hasilkan pertunjukan fesyen yang tersendiri !
Kelakar tetapi impak dan kepuasan menonton video itu sama seperti selepas anda menonton pertunjukan fesyen sebenar.
Salut kat adik ini sebab dia memang kreatif habis dan gaya dia pun rasanya boleh kalah supermodel sedia ada.
Apa-apa pun, semoga sukses pada masa akan datang untuk adik ini, cuma jaga-jaga sikit sebab baju yang dihasilkan itu ada yang terlalu seksiiiii.
MYNEWSHUB.CC