Kebiasaanya kita dihidangkan dengan video-video seperti ini dimana para selebriti luar negara membaca ‘tweet’ pedas tapi kelakar dari laman sosial twitter dan kita menganggapnya sebagai hiburan.
Namun, sekiranya ‘tweet’ itu ditujukan kepada orang biasa terutamanya kanak-kanak dan remaja, ianya boleh diklasifikasikan sebagai pembuli siber.
Zaman sekarang buli tidak semestinya dilakukan secara fizikal namun boleh dilakukan 24 jam melalui laman sosial.
Video ini dihasilkan bagi tujuan mempromosikan sebuah kempen di luar negara untuk mengurangkan keganasan terhadap remaja dan jadikan sekolah sebuah tempat yang selamat.
Sememangnya isu ini boleh jadi satu isu kritikal jika ada antara remaja yang mendapat mesej-mesej seperti dalam video ini dan ambilnya secara serius.
Dalam video berkenaan ada yang menyuruh seorang remaja perempuan itu untuk bunuh dirinya kerana mendakwa tiada siapa suka padanya dan hal itu berkemungkinan besar boleh berlaku.
Kepada yang mudah tertekan dan murung pasti akan terkesan dengan cepat namun jika remaja itu jenis yang berjiwa kental, ‘tweet‘ sebegitu akan dianggap satu hiburan yang kelakar.
Jadi, sambil kita ketawa melihat kutukan yang diberikan kita juga sebenarnya mampu menyelamatkan satu nyawa daripada terkorban dengan memastikan mesej ini dapat perhatian umum. -MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=2f_kavukuKI