SEBUT sahaja jenayah ragut, golongan wanita biasanya merupakan sasaran utama.
Ini mungkin kerana kudrat yang tak seberapa membuatkan golongan wanita mudah untuk ditewaskan apabila bergelut.
Namun baru-baru ini, satu kejadian ragut telah menarik perhatian kami apabila mangsa melawan hinggakan peragut berjaya ditangkap.
Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di Taman Daya, Johor pada petang Sabtu, suspek dikatakan cuba merampas beg tangan namun mangsa sempat menarik bajunya hingga menyebabkan motosikal yang ditunggang terbabas.
https://www.youtube.com/watch?v=-DTl1Le44E4&feature=youtu.be
Mangsa (bertudung ungu) mengalami kecederaan di lengan disebabkan tindakan beraninya itu namun respon pantas penduduk setempat membuatkan suspek dapat ditangkap.
“Makcik satu orang tinggal lu tau!” demikian antara suara ‘nasihat’ yang dapat didengar dalam video itu.
Sebagai ‘kenang-kenangan’ suspek sempat dibelasah sedas dua oleh orang awam sementara menanti pihak polis tiba di tempat kejadian.
Kepada para wanita, berhati-hatilah ketika berada di luar rumah.
Elakkan daripada berjalan seorang diri dan melalui tempat-tempat yang tersorok dari pandangan.
Apapun, syabas kepada penduduk setempat kerana prihatin sekaligus bertindak segera membantu makcik terbabit.
Harap-harap peragut terlibat insaflah hendaknya selepas ini dan mulai pandai menggunakan tulang empat kerat sendiri bagi mencari rezeki.
Banyak lagi di dunia ini kerja yang halal…
-MYNEWSHUB.CC