KELAKAR.. industri fesyen sekali lagi diangkat ke ‘fasa baru’ oleh seorang individu yang sememangnya suka mencetuskan video-video viral sejak kebelakangan ini.
Individu dari Thailand itu sebelum ini pernah membuat video viral menerusi klip video ala-ala Lady Gaga serta pementasan fesyen di dalam bilik tidur.
[MUZIK VIDEO PALING HANGAT, LADY GAGA PUN KALAH!]
Kali ini dia kembali dengan tema ‘Model-Welcoming April’, kononnya bagi menyambut kedatangan April tak lama lagi.
Macam-macam perangai kan? Apa yang mengagumkan, dia ni memang kreatif, sampaikan paip pun boleh jadi perhiasan!
Walaupun sesetengah aksi dan ciptaan fesyennya sedikit melucukan, usaha dan kegigihan harus dipuji.
Mana tahu satu hari nanti dia ini bakal mewakili Thailand sebagai pereka fesyen terkenal antarabangsa.. siapa tahu?
– MYNEWSHUB.CC