Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Teater Lela Manja Sarat...

TEATER Lela Manja merupakan buah tangan pertama Creative Impact Solution yang diadaptasikan daripada...

Undur Diri, AJL32 Pentas...

DENGAN kemenangan bagi kategori Persembahan Terbaik pada Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL32) menerusi...

Fathia Selesa Solo, Tak...

"SAYA masih belum bercinta dengan sesiapa. Bila ada orang bertanya perihal jodoh, sejujurnya...

JDT Raih Kejuaraan Hatrik...

JOHOR BAHRU - Kelab Johor Darul Takzim (JDT) melakar sejarah tersendiri apabila menjuarai...

VIDEO: Pengacara TV Bertekak Dengan Tetamu Jemputan

AKIBAT mengeluarkan perkataan kurang ajar dan tidak sopan, seorang pengacara stesyen televisyen di Lubnan, Rima Karaki bertindak menamatkan perbincangan bersama tetamu yang dijemput memberi komen dalam progam kendaliannya itu.

Video berdurasi lebih kurang 3 minit di bawah, menyaksikan Hani Al-Seba’i seorang pejuang Islam di London memberikan jawapan meleret selepas diajukan pertanyaan oleh Rima.

Lumrah program stesyen televisyen, masa untuk berbicara sememangnya terhad namun tidak semua tetamu memahami keadaan itu termasuk Hani.

Apabila diminta Rima supaya menjawab soalannya secara terus, Hani tiba-tiba naik angin dan pada satu ketika menjerkah pengacara terbabit supaya mengikut saja kemahuannya.

Rima yang cuba berdiplomasi akhirnya hilang sabar lalu perbincangan menerusi talian diputuskan sebelum mendapat jawapan.

https://www.youtube.com/watch?v=bOlpK6Yj5a4


Bagi kami, inilah masalah sesetengah ilmuan kot.

Walaupun setinggi mana ilmu anda miliki, jika tak punya kemahiran komunikasi maka sukarlah untuk ilmu itu dikongsikan dengan orang lain.

Paling penting siapa pun anda… adab ketika bicara dan kesabaran sesama manusia mencerminkan peribadi diri. Fikir-fikirkan.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori