MOSCOW – Presiden Rusia, Vladimir Putin berikrar akan mencari pembunuh pemimpin pembangkang, Boris Nemtsov selepas pemimpin Barat menuntut siasatan penuh, sementara anggota pembangkang di negara ini mengutuk ‘pembunuhan politik’ itu.
Nemtsov, 55, merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri Rusia di bawah pimpinan mendiang Presiden Boris Yeltsin tetapi, menjadi pengkritik hebat kerajaan pimpinan Putin dalam beberapa siri tunjuk perasaan parti pembangkang.
Pembunuhan itu meÂÂrupakan yang terbaru dalam siri pembunuhan beberapa pemimpin pembangkang sejak 15 tahun Putin memerintah Rusia. Kejadian itu turut mengimbau kembali pembunuhan wartawan anti-Kremlin, Anna Politkovskaya pada 7 Oktober 2006 yang juga hari ulang tahun kelahiran Putin.
Putin bagaimanapun menyalahkan pembunuhan Nemtsov dilakukan oleh musuh yang cuba memburukkan Kremlin. Dalam satu mesejnya kepada ibu mangsa kelmarin, Putin berikrar untuk mengheret perancang pembunuhan itu ke muka pengadilan.
“Kejadian itu mempuÂÂnyai semua petanda pembunuhan kontrak dan jelas ia satu provokasi,†kataÂÂnya.
Beberapa jam sebelum dia dibunuh Jumaat lalu, Nemtsov ke udara di sebuah stesen radio untuk mengajak orang ramai menyertai perhimpunan pembangkang pada hari Ahad bagi menghentikan peperangan di Ukraine dan menuntut Putin meletak jawatan.
Namun, Nemtsov mati selepas ditembak beberapa kali dari belakang ketika sedang melintasi sebuah jambatan berhampiran Kremlin. Perhimpunan itu juga telah dibatalkan dan digantikannya dengan sebuah perarakan melalui tengah kota Moscow melalui jambatan sama bagi memperingati Nemtsov.
Pasukan penyiasat mendedahkan pembunuh Nemtsov melepaskan sekurang-kurangnya la-pan das tembakan tetapi, seorang model wanita warga Ukraine yang ada bersamanya ketika itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Rakaman yang disiarkan televisyen tempatan daripada sebuah kamera jarak jauh menunjukkan seorang suspek berlari di jalan raya sebelum memasuki sebuah kereta yang menunggunya. – AFP