Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

19 Penyandang Terus Kekal,...

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) Terengganu menampilkan 19 penyandang dan beberapa muka...

Syarif Sleeq Sah Bergelar...

TAHNIAH diucapkan buat anggota kumpulan Sleeq, Syarif yang telah selamat bergelar suami kepada...

Peruntukan Bagasi Daftar Masuk...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines mengesahkan peruntukan bagasi daftar masuk kembali seperti asal...

Kem Islamik TV AlHijrah...

NUR Laman Bestari di Ulu Yam, Selangor padat dengan lebih 220 peserta remaja...

Volkswagen Rancang Buka 3 Lagi Pusat 3S

VOLKSWAGEN Group Malaysia Sdn Bhd merancang untuk membuka tiga lagi pusat Jualan, Servis dan Alat Ganti (3S) menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Urusannya Armin Keller berkata ia akan dibuka di Batu Caves dan Puchong di Selangor, serta di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Katanya syarikat itu pada masa ini mempunyai 30 pusat 3S dan enam pusat 4S, yang menyediakan satu lagi kemudahan tambahan iaitu semburan cat, di seluruh negara.

“Ia selaras dengan janji kami kepada pelanggan kami, ‘sentiasa di sisi anda’.


“Pada tahun ini juga, kami akan mengembangkan rangkaian pengedaran kami untuk meningkatkan kapasiti kami untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan sedia ada dan menarik generasi pemilik Volkswagen yang baharu,” katanya selepas melancarkan Pusat 3S Volkswagen yang ke-30 di Bukit Palah di Melaka, hari ini.

Turut hadir Pengurus Besar N3 Auto Sdn Bhd Chua Beng Poh.

Pusat 3S Volkswagen itu berkeluasan 3,720 meter persegi yang menyediakan ruang untuk mempamerkan sehingga 12 kenderaan dan mempunyai 15 tempat penyelenggaraan.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori