Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lokman Dakwa Individu Dalam...

KUALA LUMPUR - Laporan forensik dari Indonesia mengesahkan individu di dalam video intim...

Malaysia, UAE Setuju Tingkat...

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersetuju meningkatkan kerjasama, khususnya...

‘Persona Non Grata’: Kang...

SEPANG - Tindakan melampau. Itu yang disifatkan Duta Korea Utara, Kang Chol mengenai...

Kes Rasuah: Pegawai Imigresen...

JOHOR BAHRU - Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Ibu ‘Gila’ Perhatian Tergamak Bunuh Anak Dengan Garam

KENTUCKY – Kejam. Hanya kerana mahu mendapatkan perhatian, seorang wanita sanggup meracun anak lelakinya yang berusia lima tahun hingga mati dengan menggunakan garam berlebihan.

Wanita itu, Lacey Spears, 27, kini menerima akibatkanya apabila dia didapati bersalah hingga menyebabkan kematian Garnett-Paul Spears pada Januari tahun lepas. Hukuman ke atasnya akan diputuskan bulan depan.

Dia didapati memaksa anaknya mengambil garam berlebihan melalui saluran tiub ke dalam perut budak tersebut.

Garnett dimasukkan ke hospital pada 19 Januari tahun lepas selepas mengadu sakit perut.

Kanak-kanak malang itu kemudiannya meninggal dunia pada 23 Januari 2013 selepas tidak sedarkan diri. Dua bulan selepas itu, kematiannya diklasifikasikan sebagai dibunuh selepas doktor mengesan garam dalam sistem badannya.

Meskipun peguam bela Lacey menggambarkan wanita itu sebagai seorang ibu yang penyayang ketika anaknya sakit, namun pendakwaraya mendedahkan bagaimana Lacey menjadikan kesakitan anaknya itu untuk mendapatkan perhatian dan menulis blog.

lacey

“Dia sebenarnya mahukan perhatian daripada keluarga, kawan-kawan dan rakan sekerja.

“Motifnya adalah menakutkan tetapi ia berlaku,’’ kata pendakwaraya Patricia Murphy.


Dalam penghujahannya, Murphy memberitahu, Lacey membunuh budak itu kerana dia bimbang Garnet akan memberitahu orang ramai bahawa dia yang menyebabkan budak itu sakit dan tindakan yang diambil Lacey merupakan satu bentuk penderaan.

Berdasarkan laporan media, polis menemui dua beg mengandungi garam sebagai bahan bukti dalam pangsapuri Lacey, termasuk sebuah beg yang diberikan kepada rakannya untuk disembunyikan.

Salah satu beg berkenaan mengandungi garam yang bersamaan dengan 69 paket garam di restoran makanan segera McDonald.

Bukti lain pula menunjukkan Lacey telah melayari internet untuk mengetahui bahaya garam kepada kanak-kanak.

Walaupun tidak disebut di mahkamah mengenai penyakit dikenali sebagai Munchausen, namun pakar berpendapat, tindakan Lacey terhadap anaknya itu sama dengan simpton berkenaan.

Munchausen merupakan keadaan di mana penjaga kanak-kanak akan mencederakan kanak-kanak berkenaan secara senyap –senyap, bertujuan untuk mendapat simpati.

– MYNEWSHUB.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • bunuh

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori