Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sepanyol Selamatkan Pendatang Rentas...

BARCELONA - Sepanyol menyelamatkan lebih 250 pendatang termasuk kanak-kanak yang cuba menyeberang laut...

Bilangan Murid Islam Sertai...

KUALA LUMPUR - Bilangan murid Islam yang mengikuti Program Kelas Al-Quran dan Fardhu...

Gila…Muatnaik Gambar Tuala Wanita...

GILA, hilang akal, jijik atau tidak siuman. Pilih mana satu daripada gelaran berkenaan...

Sindiket Dadah Tumpas, Kokain...

GLASGOW (Scotland) - Dua lelaki warganegara Turki telah didapati bersalah menyeludup lebih tiga...

Wanita Dipercayai Dera Kanak-Kanak Ditahan Reman 7 Hari

IPOH – Seorang wanita dipercayai mendera kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun sehingga mangsa meninggal dunia di Klebang Jaya di sini, direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Asyifa Redzuan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sekarang ini masih dalam peringkat siasatan dan pihak forensik akan mengesahkan sama ada ia ada unsur jenayah atau tidak,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Wanita berumur 26 tahun yang juga pengasuh kanak-kanak berkenaan ditahan pada pukul 2.30 petang semalam.


Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang dihubungi penjaganya selepas mangsa didapati tidak sedarkan diri dan mengalami pendarahan pada mulut pada Selasa lepas.

Abang kepada kanak-kanak itu yang berusia enam tahun turut mengalami kesan luka di seluruh bahagian badan dipercayai didera. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Dera

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori