Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Bukit Broga Bertukar Wajah.....

BAGI yang pernah menjejakkan kaki ke Bukit Broga pasti tergambar keindahan panorama kehijauan...

Ramai Puji Filem Fan...

SELEPAS muncul dalam filem Dilwale, Raja Bollywood Datuk Shah Rukh Khan (SRK) sekali...

Nahas Bas Ekspres: Kerajaan...

MUAR - Kerajaan negeri Johor menzahirkan rasa simpati dan merakamkan takziah kepada keluarga...

China, AS Setuju CoC...

PUTRAJAYA – China dan Amerika Syarikat bersependapat bahawa rundingan Kod Tatalaku (CoC) di...

Wanita Ditahan Tanggal Pakaian, Berkelakuan Lucah Dalam Pesawat

SEORANG wanita warga British ditahan kerana dipercayai mabuk di dalam pesawat selepas bertindak menanggalkan pakaian malah melakukan ‘aksi lucah’ dalam penerbangan British Airways dari Jamaica ke London.

Portal berita mirror.co.uk melaporkan wanita berusia 46 tahun dari barat daya London itu dibawa keluar sebaik sahaja penerbangan mendarat di Lapangan Terbang Gatwick, London pada 19 Mac lalu dari Kingston, Jamaica.

Dia didakwa kerana membuat gangguan di dalam pesawat selain berkelakuan tidak senonoh.

British Airways bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu tetapi mengesahkan polis dipanggil berhubung kejadian berkaitan penerbangan berkenaan.

Seorang jurucakap berkata: “Kami boleh mengesahkan polis diminta untuk datang bertugas terhadap penerbangan kami dari Kingston.”


Satu tinjauan yang dikeluarkan tahun lalu menunjukkan seorang daripada tujuh pelancong warga British mengakui mabuk di dalam pesawat semasa menaiki penerbangan untuk bercuti.

Hampir satu pertiga daripada mereka berkata mengambil minum beralkohol untuk menenangkan diri kerana gemuruh menaiki penerbangan.

mirror.co.uk

https://youtu.be/DHxr2qnckM8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori