COLOMBO – Seorang ibu sanggup menjual anak lelakinya berusia lima tahun dengan harga Rs30,000 (RM834) semata-mata mahu mendapatkan wang untuk bercuti bersama teman lelakinya.
Akhbar tempatan melaporkan, pasangan itu mahu menggunakan wang diperoleh untuk bercuti di luar negara.
Polis menahan wanita itu dan teman lelakinya selain ejen yang membantu mereka menjual anak terbabit kepada seorang anggota polis yang menyamar sebagai pembeli.
Kisah itu terbongkar selepas pasangan kekasih itu tiba di Colombo dan tinggal di sebuah hotel untuk mencari bakal pembeli.
Polis mengetahui rancangan mereka daripada seorang awam.
Kanak-kanak itu sudah diserahkan ke Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Prajapathi manakala pasangan terbabit akan dihadapkan ke mahkamah.
– Agensi