ORANG dulu-dulu ada berpesan, sebelum bercakap, pastikan apa yang hendak diucapkan itu punyai asas dan fakta yang utuh.
Kalau main semberono sahaja sembur, akhirnya ia hanya jadi bahan gelak pihak lain serta mencerminkan kecetekan akal sendiri.
Akibat tersalah nama pemimpin yang baharu saja meninggal dunia, seorang pemilik akaun laman sosial Facebook mendapat malu besar.
[TERDAHULU: Legasi Le Kuan Yew Tetap Terpelihara]
Umum sedia maklum, bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew meninggal dunia Isnin lalu setelah menderita sakit lebih sebulan akibat radang paru-paru.
Mungkin ingin berkongsikan pandangan peribadi tentang tokoh politik tersebut, seorang individu memuat naik satu entri di laman Facebook miliknya.
Tapi yang tak seronoknya, insan yang sepatutnya #jadi subjek utama dalam entri tersebut terus jauh menyimpang. Apa taknya, si empunya profil menulis bahawa individu yang meninggal dunia bukanlah Kuan Yew tetapi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng!
Tulisnya, ‘Lim Guan Eng mati pun orang Malaysia nak berbalah sesama sendiri. Nak berbalah dengan Singapore. X payah la nak hina sgt negara sendiri. Ingat negara lain itu best sgt ke?
‘Ingat pepatah dulu, hujan emas negeri/ negara sendiri, hujan batu di negeri/ negara sendiri, elok lagi tempat sendiri.
Apa lagi, beberapa individu lain kemudiannya meninggalkan komen bagi memperbetulkan kembali kenyataan dibuat si pemilik akaun.
Tulis seorang pemilik akaun, Nurmazira Jalil, ‘Kak… Lee Kuan Yew ke Lim Guan Eng? Yang mati tu Lee Kuan Yew kak. Kang kena saman dengan Lim Guan Eng. Hihi.”
Tapi bila fikir-fikir balik, macam manalah si pemilik akaun boleh terkeliru antara Lee Kuan Yew dan Lim Guan Eng. Kan jauh bunyi dan ejaannya? Hmmm…
– MYNEWSHUB.CC
Kenyataan Tentang Kematian Mendiang Lee Kuan Yew Oleh Perdana Menteri Singapura Yang Juga Anaknya, Lee Hsien Loong