Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Exco DAP Selangor Tuduh...

BANGI – Ahli Exco Selangor, V Ganabatirau menuduh sekumpulan orang Islam menyerang Kuil...

Tidak Bincang Pelantikan Yang...

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pertemuannya dengan Sultan...

Tidak Perlu SST, Laksana...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin akan mengusulkan kepada kerajaan Pakatan...

Wanita Kahwini Patung Zombi

MASSACHUSETTS - Seorang wanita memilih jalan berbeza dalam mencari pasangan hidup apabila ‘berkahwin’...

Warga Emas Sorong Troli 5km Cari Rezeki

Butterworth – Dia sudah bergelar nenek dan menghidap Parkinson, namun ia tidak pernah melunturkan semangat seorang warga emas untuk terus mengutip barangan lusuh untuk dijual bagi menyara anak lelaki bongsu dan suami yang mengalami masalah kesihatan.

Hampir setiap malam, Noorli Abdullah, 71, atau dipanggil Mak cik Noorli menyorong troli sejauh lima kilometer mengelilingi Taman Inderawasih, di sini, untuk mengutip kotak, tin aluminium botol, kaca, plastik, kertas dan apa saja barangan yang boleh dijual semula untuk mendapatkan wang.

Malah, bunyi troli Mak cik Noorli itu sudah dikenali penduduk Taman Inderawasih hinggakan ada yang sanggup bangun semata-mata untuk memberikan barangan kitar semula yang dikumpul.

Dia yang memeluk Islam pada usia 17 tahun berkata, selagi mampu, dia terus bekerja untuk memastikan keperluan anak bongsu berusia 30 tahun, suaminya serta perbelanjaan harian mereka dapat dibiayai.


Sebelum ini, katanya, dia melakukan pelbagai pekerjaan termasuk menjadi pengedar belacan dan berniaga barangan keperluan harian sebelum beralih mencari barangan lusuh sejak 10 tahun lalu yang pada mulanya dilakukan bersama anak lelakinya itu.

myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori