Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

1MDB: Saksi Kontak Rapat...

KUALA LUMPUR - Kes perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan Datuk Seri Najib...

Janna Dan Fattah Artis...

BAKAT lakonan pelakon zaman kini kadang-kala hanya dinilai bersandarkan wajah yang tampan atau...

Selaras Dan Gerak Sumber...

KUALA LUMPUR - Malaysia menyaran agar masyarakat antarabangsa bekerjasama untuk menyelaras dan menggerakkan...

Umat Islam Malaysia Sambut...

KUALA LUMPUR: Masyarakat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut Aidilfitri esok.IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Warga Emas Trauma Lihat Pesawat Terhempas Atas Rumah Anak

LANGKAWI – Seorang warga emas dikatakan secara tiba-tiba meracau atau bercakap tidak karuan akibat trauma apabila melihat sebuah pesawat Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) terhempas ke atas rumah anaknya di Kampung Gelam, Mukim Kedawang di sini.

Kejadian dikatakan berlaku hanya 10 meter di depannya.

Akibatnya Abu Mutalib Said, 70, terpaksa dimasukkan ke Hospital Langkawi kerana mengalami trauma psikologi.

“Mangsa melihat sebahagian pesawat jatuh ke atas rumah dua anaknya dan meletup sebelum terbakar di depan matanya, mengakibatkannya mengalami trauma yang serius,” kata Pakar Perunding dan Penasihat Perubatan Kecemasan Lima’15, Prof Datuk Seri Dr Abu Hassan Asaari Abdullah.

Beliau berkata susulan itu mangsa dikejarkan ke hospital dan diberikan rawatan ‘critical insiden stress management’ (CISM).

“Kami melakukan rawatan CISM termasuk terapi pernafasan bagi mengurangkan tekanan dan mangsa kini sedang tidur dengan tenang tanpa kecederaan fizikal padanya,” katanya.

Dua pesawat aerobatik pasukan Jupiter milik AU-TNI terhempas dalam kejadian kira-kira 2.04 petang selepas dipercayai bergesel di udara ketika melalukan latihan sebelum menyertai Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2015 di sini.


Sebuah daripadanya dipercayai terhempas ke atas rumah anak mangsa.

Dr Abu Hassan berkata anggota keluarga mangsa yang lain turut ditenangkan serta diberi kaunseling.

“Kita akan tahan mangsa buat sementara di wad untuk mengadakan rawatan lanjut. Apa-apa pun kita bersyukur kerana tiada orang di dalam rumah tersebut ketika kejadian,” katanya.

– BERNAMA

https://youtu.be/ZT21ns3B8JA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori