Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Wanita Hamil, Cuba Mengandung...

PUTRAJAYA - Wanita yang dalam proses mengandung boleh mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, namun...

Anuar Zain Minta Peminatnya...

PENYANYI Anuar Zain meminta peminat berhati-hati agar tidak terpedaya dengan akaun Instagram palsu...

Dendam Kesumat Banduan Terbalas

Seremban - Seorang banduan di Penjara Seremban di Temiang, di sini, maut ditikam...

Trend Festival Pakaian Bundle,...

ORANG putih ada menyebut peribahasa yang berbunyi, ‘old is gold’. Ternyata ungkapan itu...

Warga Myanmar Ditemui Mati Dipercayai Dibunuh

MELAKA – Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati dipercayai dibunuh di tingkat atas sebuah rumah kedai di Taman Selendang, Batu Berendam di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata berkata mangsa berusia 30-an itu ditemui seorang lelaki warga tempatan dalam keadaan berlumuran darah di atas tilam dalam bilik pada kira-kira 8 pagi tadi.

“Mangsa ditemui seorang lelaki yang ingin mengambil dia dan rakannya ke tempat kerja, tetapi ketika sampai di rumah berkenaan mangsa tidak turun.

“Saksi berkenaan naik ke tingkat atas rumah kedai dan menemui mangsa yang hanya berseluar pendek berlumuran darah di bahagian badan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Siasatan awal polis mendapati terdapat beberapa kesan luka di badan mangsa dipercayai akibat tikaman senjata tajam, katanya.


Katanya, polis turut menjumpai sebilah pisau berukuran 15 sentimeter dengan kesan darah berhampiran mayat tersebut dan mangsa dipercayai dibunuh kurang 24 jam.

Mangsa dikatakan tinggal di rumah berkenaan bersama beberapa rakan senegara dan polis sedang mengesan mereka untuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori