Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Video: Cahaya Misteri ‘Meraba...

SEORANG penguasaha restoran tempatan terkejut besar apabila mendapati satu objek 'misteri' yang bercahaya,...

TUDM Beli Aset Untuk...

LABUAN - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bertekad mempertingkatkan aset bagi menjadikannya sebuah...

Aksem, JIM Berjaya Patahkan...

KOTA BHARU - Tindakan pantas Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) dan Jabatan Imigresen...

KKM Kesan 2 Lagi...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan dua lagi kluster baharu iaitu Kluster Hyde Park di Selangor dan...

Warga Singapura Kritik Penghasilan ‘Roti Lee Kuan Yew’

Sebuah rangkaian kedai membuat roti di Singapura menerima kecaman dan kritikan hebat di media sosial selepas mengeluarkan roti memperingati mendiang Perdana Menteri pertama republik Singapura, Lee Kuan Yew.

Pengeluaran roti yang dinamakan ‘rememberingLKY’ itu disifatkan tidak sensitif.

Susulan itu, syarikat pembuat roti BreadTalk telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf sekaligus menarik balik penjualan roti berkenaan.

breadtalk

“Kami ingin menyampaikan permohonan maaf yang tidak terhingga berhubung roti#rememberingLKY yang diperkenalkan di cawangan-cawangan BreadTalk,” kata syarikat itu di laman Facebook.

“Niat kami adalah untuk mencipta produk bagi memperingati mendiang Encik Lee Kuan Yew. Kehilangannya amat dirasai oleh kami semua di BreadTalk.

“Walau bagaimanapun, kita sedar bahawa cara ini adalah tidak sensitif berdasarkan konteks semasa,” katanya lagi.


Dalam pada itu, Breadtalk memberitahu syarikat itu pada awalnya mensasarkan untuk menderma hasil jualan roti berkenaan sebanyak S$30,000 (RM80,000) untuk Community Chest.

Sekadar imbasan, Kuan Yew, 91 meninggal dunia pada Isnin lepas di Hospital Besar Singapura pada pukul 3.18 pagi ekoran menghidap radang paru-paru yang kronik. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=_2HBZgRs7z8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori