Friday, November 15, 2024

Creating liberating content

Dua Maut, Tiga Cedera...

SETIU - Dua pemuda maut dan tiga cedera dalam kemalangan di Kampung Saujana,...

Kembar Siam Bercantum Hati...

CHANDIGARH, India – Sepasang bayi kembar Siam perempuan di sini berjaya dipisahkan oleh...

300,000 Penerima BSH Beri...

KUALA LUMPUR – Sehingga hari ini, seramai 3 juta penerima Bantuan Sara Hidup...

RM400 Untuk Sebiji Donat,...

DUNIA ini kalau diperhatikan memang banyak benda pelik-pelik. Sebagai contoh donut bersalut emas. Donut ini...

Warga Singapura Sertai Majlis Pengebumian Lee Kuan Yew

SINGAPURA – Warga Singapura hari ini mula beratur di sepanjang laluan 15 kilometer di tengah-tengah bandar raya ini untuk menyaksikan majlis pengebumian bekas perdana menteri negara itu, Lee Kuan Yew.

Sepanjang minggu berkabung selepas kematian Kuan Yew pada usia 91 tahun Isnin lalu, lebih 450,000 orang beratur berjam-jam untuk memberi penghormatan terakhir di Bangunan Parlimen. Lebih sejuta orang mengunjungi ruang penghormatan khas yang disediakan di dewan orang ramai di seluruh negara.

Orang ramai mula membanjiri laluan yang akan dilalui perarakan kenderaan membawa keranda Kuan Yew menjelang tengah hari nanti.

Dalam pada itu, berpuluh-puluh ketua-ketua kerajaan juga dijangka hadir pada majlis pengebumian itu.

Lee Kuan Yew menjadi perdana menteri selama lebih 30 tahun hingga 1991 menerusi dasar pentadbiran yang agak keras tetapi majoriti warga Singapura menganggap mendiang sebagai bapa pemodenan dan kemajuan negara pulau itu. – AP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori