Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kontrak: FAM, Maloney Belum...

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum mengadakan pertemuan dengan Ketua Jurulatih Skuad...

Lelaki Maut Kereta Terbabas...

SETIU - Seorang lelaki maut selepas keretanya terbabas dan terjunam ke dalam parit...

Pengarah Filem Malaysia Dapat...

FESTIVAL Filem Manhattan di New York, Amerika Syarikat (AS) merakamkan detik bermakna buat...

JPJ Nafi Anggota Bertindak...

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan dakwaan anggotanya bertindak samseng sewaktu...

Warta Habitat Penyu Pantai Teluk Mak Nik

KEMAMAN – Jabatan Perikanan akan mewartakan kawasan pantai Teluk Mak Nik Geliga di sini supaya habitat penyu bertelur itu sentiasa terpelihara, kata Ketua Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec) Rantau Abang Syed Abdullah Syed Abdul Kadir.

Beliau berkata, kawasan pantai Teluk Mak Nik merupakan kawasan pendaratan penyu Agar atau penyu hijau yang ketiga tertinggi di Malaysia selepas Pulau Talang-Talang Besar di Sarawak dan Pulau Selingan di Sabah.

“Kita akan menulis surat kepada kerajaan negeri memohon kawasan tersebut diwartakan tahun ini,” katanya kepada Bernama.

Menurut Syed Abdullah setiap tahun jumlah pendaratan penyu di kawasan Pantai Mak Nik antara 800 hingga 1,500 setahun.

Katanya Jabatan Perikanan mahu kawasan itu diwartakan supaya aktiviti pembangunan tidak mengancam habitat pendaratan dan penetasan penyu di situ.


Syed Abdullah berkata sebanyak 12 kawasan pantai pendaratan penyu telah dirizabkan kepada Jabatan Perikanan di Terengganu sehingga kini.

Beliau berkata ini bermakna 12 kawasan rizab itu merangkumi 85 peratus jumlah pendaratan di Terengganu manakala selebihnya diwakili pemajak.

Menurut beliau semua telur yang dihasilkan di pantai-pantai berkenaan akan dieramkan Jabatan Perikanan untuk memastikan populasi penyu tidak pupus pada masa depan.

Katanya dianggarkan antara 200,000 hingga 250,000 anak tetasan penyu dapat dihasilkan dan dilepaskan ke laut setiap tahun. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori