Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Bodyguard Cuai, Lelaki Sedang...

LONDON - Kawalan keselamatan ke atas Perdana Menteri Britain, David Cameron kini menimbulkan...

Ahmad Zahid Lakukan Lawatan...

NEW DELHI - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan...

Presiden PAS Saran PasMA...

KUALA LUMPUR - "Kita dalam Pakatan Rakyat (PR) bukanlah dalam bahtera yang sama....

RUU 355: CEO IKSIM...

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)...

Washington Kutuk Pengeboman Di Yaman

WASHINGTON – Rumah Putih mengutuk dua pengeboman nekad di masjid Yaman yang membunuh 142 orang semalam tetapi menyatakan adalah terlalu awal untuk menyalahkan kumpulan IS.

Merujuk serangan di Sanaa itu, jurucakap Rumah Putih, Josh Earnest, berkata tiada bukti jelas hubungan operasi antara militan Yaman dan kumpulan IS di Syria dan Iraq.

“Amerika Syarikat mengutuk sekeras-kerasnya pengeboman nekad itu,” katanya.

Jurucakap wanita Majlis Keselamatan Negara, Bernadette Meehan, berkata: “Serangan tidak wajar terhadap jemaah solat Jumaat itu hanya menunjukkan sifat terkutuk pengganas dan ancaman mereka terhadap rakyat Yaman, rantau itu dan dunia.”


Dalam satu kenyataan dalam talian, cawangan IS di Sanaa yang tidak diketahui sebelum ini mendakwa bertanggungjawab terhadap pengeboman itu dan menegaskan ia hanya permulaan.

Sementara itu, kumpulan al-Qaeda di Semenanjung Arab mengeluarkan kenyataan bahawa ia tiada kena mengena dengan pengeboman itu. – AFP

  • Lagi berita berkaitan:
  • Bom

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori